Jack Wilshere Mendedahkan Apa Yang Diberitahu Oleh Unai Emery Kepadanya Sebelum Dia Berpindah!




Bintang West Ham United, Jack Wilshere menegaskan bahawa dia 'beri penghormatan' untuk Unai Emery selepas pengurus Sepanyol itu menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masa depan di Arsenal. 
Arsenal menawarkan Wilshere satu perjanjian baru untuk kekal di kelab tersebut tetapi pemain berusia 26 tahun itu berpendapat dia tidak mempunyai pilihan lain tetapi meninggalkan kelab itu selepas bercakap dengan Emery selepas pelantikannya di Emirates.
Emery memaklumkan kepada Wilshere bahawa dia tidak akan menjadi pemain dalam kesebelasan utama di bawah perancangannya untuk The Gunners dan akhirnya pemain tengah itu menyertai West Ham dengan perpindahan secara percuma sebaik sahaja kontraknya tamat. 
Walau bagaimanapun, Wilshere menegaskan tidak ada sebarang rasa marah dalam dirinya terhadap Emery dan mengatakan pengurus Sepanyol itu menjelaskan kepadanya dengan baik sekali.
"Saya tidak mahu mengatakan apa-apa sebaliknya menghormati dia [Emery]," kata Wilshere. 
"Kami mengadakan pertemuan dan dia memberitahu saya bahawa saya tidak akan bermain seperti yang saya mahukan. 
"Jadi itu adalah sukar baginya dan saya berterima kasih kepadanya untuk itu. Dia boleh saja berkata: "Ya, awak akan bermain".
Wilshere ditawarkan beberapa pengurangan dalam satu perjanjian baru untuk kekal di Emirates tetapi dia akan terbuka untuk menandatangani perjanjian itu jika dia mempunyai perbincangan yang positif dengan Emery. 
Bagaimanapun, pemain tengah itu berkata dia membuat keputusan yang tepat untuk meninggalkan The Gunners dan mengatakan dia bersyukur kerana Emery tidak membuang masanya. 
"Saya boleh menandatangani kontrak dan kekal dan dalam masa setahun mereka terpaksa menjual saya," kata Wilshere.
"Jadi, dia benar-benar jujur dengan saya dan saya berterima kasih kepadanya untuk itu. 
"Keputusan itu semata-mata berdasarkan kepada bola sepak. Kontrak itu masih di sana. 
"Selepas perbualan saya dengan pengurus baru, dia menjelaskan bahawa saya masih boleh kekal. Tetapi saya rasa ia adalah masa yang tepat."