Barcelona Sanggup Menawarkan Ousmane Dembele Untuk Dapatkan Eden Hazard!




Barcelona sanggup menawarkan Ousmane Dembele ke Chelsea dalam usaha mereka untuk menandatangani Eden Hazard, menurut laporan di Sepanyol. 
Hazard telah menyatakan keinginannya untuk meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini dan menunjukkan bahawa Real Madrid akan menjadi destinasi pilihannya. 
Awal minggu ini, laporan di Perancis mendakwa bahawa Hazard sudah mempersetujui perjanjian lisan bersama Madrid, yang kini harus berunding dengan Chelsea untuk melengkapkan perpindahan itu.
Barcelona juga berminat untuk menandatangani pemain berusia 27 tahun itu dan laporannya mendakwa juara Liga Sepanyol itu akan mengadakan perbincangan dengan wakil bagi pemain tersebut.
Chelsea akan mengadakan perbincangan yang serius buat masa ini disebabkan kontrak semasa Eden Hazard hanya berbaki dua tahun sahaja lagi.
Tetapi menurut stesen radio Sepanyol, Onda Cero, Barcelona bersedia untuk menggoda pihak Chelsea dengan menawarkan Dembele dalam persetujuan mereka untuk menandatangani Hazard.
Barcelona menandatangani Dembele dari Borussia Dortmund pada musim panas yang lalu dengan bayaran awal sebanyak £ 96.8 juta, yang berpotensi meningkat sehingga £ 135.5 juta.
Tetapi pemain berusia 21 tahun itu mengalami musim pertama yang agak tidak menentu di Camp Nou dan telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Sepanyol. 
Dembele kini sedang bercuti selepas menjadi sebahagian daripada skuad Perancis yang memenangi Piala Dunia di Rusia pada musim panas ini.