Allison Becker Dedahkan Sebab Mengapa Dia Memilih Liverpool Dan Bukan Real Madrid Ataupun Chelsea!




Pemain yang baru ditandatangani Liverpool Alisson Becker mengatakan bahawa dia teruja untuk menyertai kelab itu dan mendedahkan mengapa dia memilih untuk berpindah ke Anfield meskipun terdapat minat dari kedua-dua Chelsea dan Real Madrid. 
Pasukan dari Merseyside itu menjadikan Alisson sebagai penjaga gol paling mahal dalam sejarah bola sepak dengan membayar Roma sebanyak £ 66.8 juta untuk mendapatkan khidmatnya, mengalahkan beberapa pesaing lain dalam perebutan tersebut.
Pengurus baru Chelsea, Maurizio Sarri mahukan bintang Brazil itu menggantikan Thibaut Courtois, dan dilaporkan juga telah membuat panggilan telefon untuk meyakinkannya, sementara Real Madrid juga berminat sebelum bertukar arah untuk menandatangani Courtois.
Tetapi Alisson telah mendedahkan salah satu sebab mengapa dia menyertai Liverpool adalah kerana suasana yang dia alami di Anfield ketika tewas dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara pada musim lalu. 
"Ya, sebahagiannya mempengaruhi keputusan itu," kata Alisson kepada laman web rasmi Liverpool
"Apabila anda membuat keputusan penting seperti ini, ia bukan sekadar keputusan untuk menukar kelab, ia juga boleh mengubah hidup anda, kehidupan keluarga saya, isteri saya, anak perempuan saya." 
Pemain berusia 25 tahun itu mengakui dia mengagumi perkembangan Liverpool di bawah Jurgen Klopp. 
"Perlawanan itu pasti memberi pengaruh tapi saya juga menonton perlawanan mereka yang lain," katanya.
"Saya telah melihat permainan lain di mana saya dapat melihat cara Klopp membawa pasukannya bermain. 
"Itu membuatkan saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini.
"Selain daripada kenyataan bahawa kelab itu adalah hebat, para pemain yang pernah datang ke sini dan juga kejuaraan yang pernah dimenangi. 
"Mudah-mudahan saya dapat memainkan peranan dalam sejarah yang diwujudkan di sini, memenangi kejuaraan dan menjadi sebahagian daripada projek yang telah dibangunkan di sini dalam beberapa tahun yang lalu supaya kita dapat melihat Liverpool bangkit sekali lagi."