Peluang Di Anfield Masih Ada! Sturridge Beri Bayangan Yang Jelas Mengenai Masa Depannya...




Daniel Sturridge telah memberi bayangan yang jelas bahawa dia sudah bersedia untuk bertahan dan berjuang untuk masa depannya di Liverpool. 
Pemain antarabangsa England itu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam penampilan pertamanya untuk The Reds dengan menjaringkan dua gol pada aseparuh masa kedua dalam kemenangan 7-0 ke atas Chester FC untuk perlawanan pra musim pasukan bimbingan Jurgen Klopp.
Selepas perlawanan itu, pengurus Jurgen Klopp enggan membuat sebarang spekulasi mengenai masa depan Sturridge dan menegaskan bahawa keputusan mengenai sama ada pemain berusia 28 tahun itu akan meninggalkan Anfield masih belum diputuskan.
Kerjaya Sturridge di Anfield kelihatan semakin suram pada musim lalu selepas dia dipinjamkan ke West Bromwich Albion di mana dia hanya membuat enam penampilan dengan dia berterusan mengalami pelbagai masalah kecederaan. 
Bekas penyerang Chelsea dan Manchester City itu semakin jauh ketinggalan dalam pemilihan skuad utama The Reds sejak ketibaan Klopp di Merseyside dan dia kini berada di belakang Roberto Firmino, Dominic Solanke dan Danny Ings dalam perebutan tempat sebagai penyerang utama Liverpool.
Tetapi kelihatannya Sturridge mahu menyerah dan berputus asa mengenai kerjayanya di Liverpool selepas dia memuat naik gambar berserta mesej menerusi laman Instagramnya selepas Liverpool menewaskan Chester FC.
Di sebalik gambar gol pembukaannya itu menghadapai pasukan dari Liga Kebangsaan Utara, dia menulis: "Ianya baik untuk kembali menyarung baju LFC dengan kemenangan dan menghasilkan beberapa gol. Ia baru hanya permulaan."
Laporan minggu ini mengatakan bahawa Klopp bersedia untuk memilih antara Sturridge dan Divock Origi, dengan bintang Belgium itu juga telah menghabiskan sepanjang musim lalu bermain secara pinjaman bersama pasukan Wolfsburg di Bundesliga. 
Origi juga mengalami masa yang sukar bersama Liverpool, menjaringkan hanya tujuh gol dalam 36 penampilan yang menimbulkan persoalan mengenai keraguan tentang masa depannya di England.
Klopp bagaimanapun kelihatan masih tidak bersedia untuk membuat keputusan mengenai masa depan kedua-dua penyerang tersebut dengan menyatakan bahawa masa depan Sturridge akan ditentukan di kemudian hari.
"Kami tidak memikirkan tentang masa depannya lagi," katanya kepada pemberita. "Buat masa ini, semua orang mempunyai peluang untuk menunjukkan kepada saya apa yang boleh mereka lakukan. 
"Kebanyakan masa dia tidak bermain untuk saya adalah kerana kecederaan. Kami akan melihat apa yang berlaku tetapi jika dia bermain seperti itu, ia membantu kami. 
"Saya melihat banyak perkara yang positif dari Daniel jadi dia memerlukan lebih banyak lagi peluang sehingga dia dapat menarik perhatian saya. Saya tahu tentang kualitinya. Ia adalah minggu yang sangat positif, sangat positif hari ini, dia kelihatan sangat baik."