Jurgen Klopp Mengesahkan Oxlade-Chamberlain Bakal Terlepas Majoriti Musim 2018/19 Bagi Proses Pemulihannya!




Liverpool telah mengesahkan bahawa Alex Oxlade-Chamberlain mungkin akan terlepas majoriti musim 2018-19 selepas dia terus berusaha untuk pulih daripada kerosakan ligamen lutut yang dialaminya musim lalu.
Oxlade-Chamberlain mengalami kecederaan lutut semasa perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Liverpool menentang Roma pada bulan April.
Dan pengurus Jurgen Klopp mengesahkan kelab itu tidak akan tergesa-gesa unutk membawa dia kembali bermain pada musim ini, dengan mengatakan "ia akan menjadi bonus" jika pemain berusia 24 tahun dapat bermain musim ini.
"Rasanya sekarang adalah masa yang sesuai untuk memberitahu orang ramai bahawa untuk musim ini Ox akan memberi tumpuan kepada proses pemulihannya," kata Klopp kepada laman web Liverpool.
"Kami telah mengetahui perkara ini dari hari selepas dia mengalami kecederaan dan selepas menjalani pembedahan yang berjaya, kami telah pasti mengenainya.
"Saya berharap semua orang dapat menerima maklumat ini dengan bertanggungjawab, tidak ada perubahan, tidak ada kekecewaan - ia akan tepat pada jadual yang kami harapkan dan dirancang. Maklumat terbaru kami sekarang adalah untuk memberi maklumat secara lebih terperinci dan terbuka.
"Ia adalah permintaan Ox yang dia tidak mahu berita itu menghilangkan fokus pada penghujung musim lalu dan, untuk menjadi jujur, kami fikir kami boleh menunggu dan memberitahu orang pada masa yang sesuai.
"Pembedahannya - yang dia lakukan pada hari kedua kami di Roma - telah berjaya sepenuhnya dan pemulihannya bermula dengan baik.
"Tetapi hakikatnya, kami sedang membuat persediaan bagi musim ini dengan mengetahui bahawa dia tidak akan bersama kami di atas padang untuk perlawanan kompetitif hampir sepanjang musim ini, jika kami dapat melihatnya kembali beraksi pada musim ini, ia akan menjadi satu bonus."
Aktiviti perpindahan Liverpool sepanjang musim panas ini telah dilakukan selepas mengetahui Oxlade Chamberlain tidak berpeluang untuk beraksi sepanjang musim ini.
Klopp yakin bahawa dia akan melakukan proses pemulihan sepenuhnya dan menjangka dia akan memainkan peranan penting bagi pasukan The Reds bagi musim 2019/20.
"Ianya begitu penting kerana betapa berharga dan pentingnya dia untuk apa yang kita mahu lakukan di sini pada musim-musim yang akan datang tetapi fokusnya adalah untuk melakukan dengan betul dan tidak tergesa-gesa. Ox sepenuhnya berada di landasan yang betul dengan pendekatan ini, "tambah Klopp.
"Dia adalah seorang yang sangat baik dan seseorang yang walaupun tidak bermain adalah nadi utama kepada degupan jantung di Melwood.
"Saya tidak sabar untuk melihat dia kembali bersama kami dalam perlawanan, tetapi kami akan menunggu dia dan kami akan menunjukkan kesabaran yang diperlukan untuk memastikan dia kembali bersedia untuk meneruskan di mana dia berhenti: sebagai salah satu pemain yang paling cemerlang dalam Bola sepak Eropah pada masa itu. "