Ini Reaksi Maurizio Sarri Tentang Spekulasi Perpindahan Eden Hazard Dan Thibaut Courtois Ke Real Madrid!




Maurizio Sarri menjauhkan dirinya dari spekulasi mengenai Eden Hazard dan Thibaut Courtois semasa persidangan akhbarnya sebagai pengurus Chelsea. 
Kedua-duanya Hazard dan Courtois telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid pada musim panas ini dan kedua-dua pemain Chelsea itu masih belum kembali ke London berikutan kempen Piala Dunia bersama pasukan Belgium.
Chelsea telah menetapkan harga sebanyak £ 200 juta untuk Hazard, sementara Courtois akan dapat menyelesaikan perpindahan ke Bernabeu dengan bayaran sekitar £ 31 juta menjelang musim 2018/19. 
Sarri mendakwa pada Rabu petang bahawa khabar angin mengenai perpindahan 'membosankan' dia, tetapi mengakui bahawa ianya penting bagi Chelsea untuk kekal mempertahankan pemain-pemain terbaik mereka.
Ditanya mengenai spekulasi yang mengelilingi Hazard dan Courtois, Sarri menjawab: "Jelas sekali kami sentiasa ingin mengekalkan pemain terbaik kami. 
"Inilah yang diinginkan oleh mana-mana pengurus dan ini adalah apa yang ingin dilakukan oleh mana-mana kelab tetapi kemudian kita akan lihat bagaimana pasaran perpindahan berjalan dalam beberapa hari akan datang.
"Saya harus menjelaskan bahawa saya merasakan saya lebih kepada pengurus di padang daripada seorang pengurus yang umum. 
"Saya fikir saya adalah salah satu daripada beberapa pengurus yang bosan dengan pasaran perpindahan. Saya tidak mahu bercakap mengenainya dan saya tidak berminat dengannya. 
"Tugas kami sebagai pengurus adalah mengembangkan potensi pemain yang kami ada."
Sarri mendedahkan bahawa dia tidak akan menghubungi Hazard untuk mencuba dan menghalang bintang Belgium itu daripada menyertai Madrid. 
"Saya tidak fikir begitu, jujur," kata bekas pengurus Napoli itu.
"Kerana pemain yang anda maksudkan adalah seorang pemain yang berada di peringkat yang sangat tinggi dan saya ingin menyimpannya dalam skuad saya.
"Tetapi panggilan telefon tanpa melihat mereka di depan mata tidak akan memberi saya sebarang kepastian. Saya ingin bertemu mereka secara bersemuka dan bercakap dengan mereka dan melihat apa yang terbaik untuk dilakukan dan terbaik untuk semua orang. 
"Sebelum itu, saya juga ingin seorang pemain yang berada di atas padang dengan saya selama empat atau lima hari untuk mendapatkan idea yang jelas tentang gambaran itu."
Dries Mertens muncul sebagai penyerang utama di bawah Sarri di Napoli tetapi pengurus baru Chelsea itu percaya dia akan menghadapi cabaran yang berbeza dengan Hazard. 
"Hazard adalah pemain yang sangat berkualiti tinggi dan saya fikir dia adalah salah satu daripada dua pemain terbaik di Eropah," katanya. 
"Sudah tentu saya ingin berseronok sepanjang minggu bersama dia dan begitu juga pada hari Ahad kerana ini bermakna kita mempunyai hasil yang baik.
"Saya harap saya akan berjaya untuk mengembangkannya. Ini sangat sukar memandangkan dia sudahpun mencapai suatu tahap yang tinggi. Dengan Mertens ia berbeza. 
"Dries selalu menjadi pemain serangan dari bahagian sayap dan semua orang berpendapat dengan keperluan sesuai dia berjaya mencapai tahap yang sangat tinggi. Dries bertambah baik di bawah saya tetapi dia bermula pada tahap yang lebih rendah berbanding daripada Hazard."