De Gea Dan Matic Akan Kembali Untuk Menyertai Jelajah Pramusim United Di Amerika Syarikat!




Pemain Manchester United, David De Gea dan Nemanja Matic akan menyertai lawatan pra-musim kelab tersebut di Amerika Syarikat minggu hadapan. 
Jose Mourinho telah membawa skuad yang agak muda untuk lawatan lima perlawanan United di Amerika dengan seramai tujuh pemain remaja terlibat dalam perjalanan tersebut.
Pengurus Manchester United mengesahkan pada minggu lalu bahawa dia akan bermula tanpa beberapa pemain kesebelasan utama untuk permulaan musim ini di Liga Perdana selepas dia memberi tambahan cuti selama tiga minggu kepada mereka yang terlibat dalam perlawanan akhir Piala Dunia. 
Hal ini menolak pemain-pemain seperti Paul Pogba, Romelu Lukaku dan Jesse Lingard daripada terlibat dalam lawatan tersebut tetapi Matic dan De Gea dikatakan mahu mendapatkan pengalaman yang bermakna bersama pasukan dengan mereka berdua dilaporkan bakal menyertai pemain yang lain di United pada minggu depan.
Sepanyol dijangka melangkah lebih jauh dalam peringkat kalah mati di Rusia tetapi mereka tersingkir oleh tuan rumah pada peringkat ke-16 terakhir. 
Serbia pula gagal layak dari kumpulan mereka, sesuatu yang sudah diinginkan oleh Mourinho sebelum pertandingan itu bermula. 
Ini bermakna De Gea dan Matic akan berehat selama tiga minggu sebelum kembali bersama dengan rakan sepasukan mereka minggu depan dan mereka boleh bermain dalam dua daripada lima perlawanan pra musim United.
De Gea telah mengesahkan bahawa dia berada di luar negeri selepas menyiarkan gambar di Instagram beliau yang menunjukkan dia berada di Florida. Jesse Lingard juga bercuti di Atlantik tetapi tidak akan menyertai skuad dalam perlawanan pramusim ini.
United akan bermain tanpa Alexis Sanchez di Amerika Syarikat kerana masalah VISA yang menghalang kemasukannya ke negara ini. 
Kelab tersebut bekerjasama dengan peguam Chile untuk membantu dia mendapatkan pelepasan agar dia dapat menyertai rakan sepasukannya yang lain.