England Cipta Sejarah Sendiri, Pickford Menyindir Courtois Selepas Menjadi Wira Pasukan The Three Lions!




Wira England, Jordan Pickford membalas sindiran dari bintang Chelsea, Thibaut Courtois selepas berjaya membawa pasukan The Three Lions ke peringkat suku akhir Piala Dunia. 
Pickford berjaya menyelamatkan sepakan Carlos Bacca dalam penentuan sepakan penalti yang dianggap sumpahan bagi pasukan England dan bakal bertemu Sweden di peringkat suku akhir nanti.
Courtois mengkritik Pickford kerana gagal menyelamatkan percubaan dari Adnan Januzaj ketika menentang England pada minggu lepas, dengan mendakwa bahawa dia tentu sahaja boleh 'menangkap' rembatan itu kerana dia lebih tinggi daripada bekas pemain Sunderland tersebut.
Pickford menghasilkan satu penyelamatan yang luar biasa untuk menafikan percubaan Mateus Uribe di penghujung babak kedua dan bintang Everton itu membuat sindiran halus kepada Courtois selepas perlawanan itu tamat.
"Saya melakukan semua penyelidikan saya. Saya mempunyai kekuatan dan ketangkasan. Saya tidak peduli jika saya bukan seorang penjaga gol terbesar kerana ia adalah tentang berada di sana pada waktu yang tepat dan membuat penyelamatan dan saya berjaya melakukannya," Pickford memberitahu ITV.
"Ini semua tentang kedudukan yang ditetapkan dan saya dapat menyentuh bola itu. Kami tahu kami akan memenangi perlawanan ini, walaupun jika ia perlu ditentukan menerusi sepakan penalti, kami tahu kami mampu untuk menang."
England kini akan menentang Sweden di Samara pada hari Sabtu dan akan menghadapi salah satu daripada Rusia atau Croatia di peringkat separuh akhir jika mereka berjaya mengatasi Sweden. 
Kemenangan menerusi sepakan penalti pada malam ini adalah yang pertama bagi pasukan England dalam sejarah Piala Dunia mereka.