Real Madrid Akan Terima Tawaran £ 88 juta Untuk Cristiano Ronaldo Dari Juventus!




Cristiano Ronaldo kelihatan semakin pasti meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini selepas kelab gergasi Sepanyol itu memutuskan mereka akan menerima tawaran £ 88 juta dari Juventus, menurut laporan. 
Pemain berusia 33 tahun itu memberi bayangan bahawa dia boleh meninggalkan Bernabeu menerusi temu bual selepas Real memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut pada akhir bulan Mei, sementara dia kelihatan mahu meninggalkan kelab tersebut pada musim panas yang lalu lagi.
Ronaldo diyakini mahu kenaikan gaji yang sesuai yang akan menjadikan dirinya menerima bayaran gaji yang setanding dengan Neymar dan Lionel Messi yang dibayar oleh PSG dan Barcelona.
Presiden Real, Florentino Perez enggan memberikan kontrak baru untuk pemain yang digambarkan berada di penghujung kerjayanya, dan menegaskan bahawa Ronaldo hanya akan dijual jika klausa pelepasannya sebanyak € 1billion (£ 883m) dipenuhi.
Tetapi sekarang Perez nampaknya menyesal, dengan rancangan TV El Chiringuito Jugones mendakwa bahawa Real telah membuat keputusan untuk menerima tawaran sebanyak £ 88m dari Juventus - yang merupakan hanya lebih kurang sepuluh peratus daripada klausa pelepasannya.
Walaupun akhirnya Real menawarkan tawaran yang lebih baik, Ronaldo menolak tawaran tersebut dan percaya bahawa kerjayanya di Bernabeu sudah berakhir. 
Madrid bersedia untuk merealisasikan keinginannya untuk meninggalkan kelab itu sebagai ganjaran untuk perkhidmatannya selama sembilan musim yang sangat berjaya, di mana dia telah memenangi Liga Juara-Juara sebanyak empat kali.
Juventus telah menawarkan Ronaldo kontrak sebanyak £ 26 juta setahun - sama dengan tawaran terakhir yang diberikan oleh Real - selama empat tahun, bermakna dia akan berusia 37 tahun apabila kontrak tersebut tamat.
Perubahan Real dalam pendirian dan kesediaan terbaru untuk membenarkan Ronaldo pergi dijangka akan menarik perhatian kelab seperti Manchester United dan PSG untuk membuat tawaran, dengan kedua-dua kelab itu menunjukkan minat pada masa lalu untuk mendapatkan Ronaldo. 
Walau bagaimanapun, Juve adalah pasukan pilihan untuk memenangi tandatangan Ronaldo, dengan agen Ronaldo, Jorge Mendes, yang akan mengadakan perbincangan bersama kelab dari Serie A itu untuk perpindahan bernilai £ 35m bagi Joao Cancelo dan akan turut membincangkan mengenai potensi membawa Ronaldo ke Turin.