Reaksi Lionel Messi Selepas Argentina Layak Ke Kalah Mati Menewaskan Nigeria!




Lionel Messi menegaskan bahawa Argentina tidak pernah meragui yang mereka akan mengalahkan Nigeria dan melayakkan diri dari Group D ke peringkat kalah mati. 
Argentina perlu menunggu jaringan kemenangan hingga minit ke-86 dari pemain pertahanan Marcos Rojo untuk menjamin tempat dalam kelompok 16 terbaik bagi edisi Piala Dunia kali ini.
Ia adalah langkah yang sangat lambat untuk Argentina melayakkan diri, selepas mengalami prestasi buruk dalam kejohanan itu dan tidak dapat bergantung sepenuhnya kepada kehebatan Messi dalam dua perlawanan pembukaan mereka.
Bagaimanapun, Messi kembali ke tahap terbaiknya ketika melawan Nigeria dan membantu negaranya untuk kembali bangkit dalam kejohanan tersebut. 
Bintang Barcelona itu bercakap kepada media selepas perlawanan dan mengakui keputusan itu merupakan satu kelegaan besar selepas mengharungi beberapa hari yang sukar.
"Ia perlawanan sukar kerana keputusan sebelum ini dan terdapat banyak perkara lain yang telah dikatakan sebelum ini," jelas Messi.
"Kami tahu ia akan menjadi sukar tetapi kami bernasib baik kami berjaya mencapai matlamat kami. 
"Kami tidak fikir kami akan mengalami kesukaran sehingga ke tahap ini. Kami sangat yakin bahawa kami akan dapat melalui peringkat kumpulan dan akhirnya ia menjadi kenyataan."
Dia menambah: "Kami tahu Tuhan ada bersama kami dan tidak akan membiarkan kami terkeluar. Saya berterima kasih kepada semua peminat yang ada di sini, untuk semua pengorbanan mereka dan kepada semua orang di Argentina yang sentiasa bersama kami. Jersi pasukan kebangsaan adalah melebihi segala-galanya."
Ketua Jurulatih, Jorge Sampaoli dilaporkan mengalami perselisihan dengan beberapa pemain, sementara Sergio Aguero dijgugurkan setelah terlibat dalam kegagalan beberapa pemain yang mahukan jurulatih itu dipecat.
Sampaoli meraikan kegembiraannya apabila Rojo menjaringkan gol kemenangan untuk menyelamatkan Argentina, tetapi terus bergerak masuk ke bilik persalinan sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan.
Argentina kini bergerak ke peringkat kalah mati dan akan berhadapan dengan pemenang Kumpulan B Perancis pada hari Sabtu. 
Pemain Perancis juga telah mengalami kesukaran untuk tampil cemerlang dalam perlawanan mereka, tetapi Les Blues tidak mengalami sebarang kekalahan dan hanya bolos satu gol dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan mereka.