Manchester United Membuat Bidaan Bernilai £ 30 juta Untuk Pengganti Luke Shaw Dan Ashley Young!




Manchester United membuat tawaran perpindahan bernilai £ 30 juta untuk pemain pertahanan Valencia, Jose Luis Gaya, menurut laporan. 
Bintang Piala Dunia England, Ashley Young, menjadi pilihan utama Jose Mourinho untuk bermain di posisi pertahanan kiri sepanjang kempen 2017-18.
Tetapi usianya akan meningkat menjadi 33 tahun pada bulan depan dan Mourinho tahu tahun terbaik baginya sudahpun berlalu. Dengan masa depan rakan sepasukannya Luke Shaw masih tidak menentu.
The Red Devils telah menjadikan Alex Sandro yang merupakan bintang Juventus dan Brazil, salah satu sasaran utama mereka menjelang jendela perpindahan musim panas ini. 
Tetapi Juve enggan melepaskannya dengan mudah, dengan meletakkan harga sebanyak £ 50 juta untuk pemain berusia 27 tahun itu. 
The Daily Mirror mengatakan hal ini telah memaksa United untuk beralih kepada sasaran alternatif yang lain dan Mourinho telah menyatakan minatnya untuk menandatangani Gaya.
Pemain berusia 23 tahun itu menandatangani perjanjian barunya di Valencia bulan lepas tetapi masih dapat dilamar oleh kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu, yang menduduki tempat kedua di belakang Manchester City pada musim lalu.
Gaya - yang telah membuat lebih daripada 100 penampilan bersama Valencia, kelab yang mana dia telah berada bersama sejak berusia 11 tahun - bernilai sekitar £ 30 juta.
Walaupun Mourinho sedang mencari pertahanan kiri yang baru, Young dijangka akan tetap kekal di Old Trafford setelah berkembang menjadi pemain yang boleh dipercayai dan serba boleh dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 
Masa depan Shaw tidak begitu pasti, bagaimanapun, Mourinho nampaknya bersedia untuk menjual bekas bintang Southampton itu selepas melalui musim yang buruk di mana dia menerima pelbagai kritikan atas prestasinya.