Bernd Leno Mendedahkan Para Pemain Dan Pengurus Baru Arsenal Menggalakkan Perpindahnnya Ke Emirates...




Bernd Leno mendedahkan bahawa dia mengadakan perbincangan dengan bintang Arsenal Shkodran Mustafi sebelum berpindah ke Emirates. 
Arsenal mengumumkan secara rasmi bahawa mereka telah berjaya menandatangani Leno yang berusia 26 tahun dari Bayer Leverkusen awal bulan ini dengan bayaran yang dilaporkan sekitar £ 19 juta.
Unai Emery bertekad untuk membawa persaingan baru untuk Petr Cech musim panas ini dan difahamkan Leno akan dapat mengambil alih tempat sebagai penjaga gol utama dari pemain Republik Czech itu.
Walaupun Leno tidak tersenarai dalam skuad Jerman untuk ke Piala Dunia, penjaga gol itu mempunyai hubungan yang rapat dengan beberapa pemain dalam skuad bimbingan Joachim Low, termasuklah Mesut Ozil dan Mustafi.
"Saya sudah mengenali Musti dan Mesut Ozil dari pasukan kebangsaan, termasuk Xhaka, Aubameyang dan Mkhitaryan dari Bundesliga," katanya kepada Arsenal Player. 
"Saya bercakap dengan Musti mengenai Arsenal beberapa bulan yang lalu. Dia berkata ia adalah sebuah kelab yang hebat dengan stadium yang hebat dan peminat yang hebat.
"Saya menonton permainan mereka di TV di Jerman dan ya, Arsenal adalah kelab yang hebat. 
"Saya mengenali Musti selama 10 atau 11 tahun. Kami membesar bersama-sama dalam pasukan kebangsaan remaja, bawah-17 hingga ke bawah-21."
Leno mendakwa bahawa jurulatih baru Emery juga meyakinkannya untuk melengkapkan perpindahannya  ke utara London itu. 
Ditanya sama ada beliau telah berbincang dengan pengurus berbangsa Sepanyol itu, Leno menjawab: "Ya. Tentu saja Arsene Wenger sentiasa menjadi jurulatih Arsenal tetapi sekarang ini adalah satu lembaran baru buat Arsenal.
"Saya bercakap dengannya dan dia berkata kepada saya bahawa dia berfikir bahawa saya adalah penjaga gol yang baik dan dia mahu saya datang ke Arsenal. 
"Jadi bagi saya jelas bahawa kelab dan jurulatih mahu menandatangani saya jadi saya gembira bahawa semua orang di kelab ini mengatakan bahawa saya penjaga gol yang baik dan mahu menandatangani saya."