Fred Tiba Di Old Trafford Dengan Perpindahan Menyertai United Semakin Hampir Berjaya!




Bintang Shakhtar Donetsk, Fred telah tiba di tempat latihan Manchester United untuk melengkapkan perpindahan bernilai £ 52 juta ke kelab tersebut. 
Pemain berusia 25 tahun itu berada di England untuk sepanjang minggu lalu bersama pasukan Brazil ketika mereka bersedia untuk aksi persediaan Piala Dunia dan pergi ke Manchester pada petang Ahad selepas Fred menjadi pemain gantian yang dimasukkan di babak kedua perlawanan dalam kemenangan ke atas Croatia di Anfield.
Pemain tengah itu hampir menyertai pasukan Manchester City pada Januari yang lalu tetapi kelab itu menarik diri dari menyempurnakan perpindahan tersebut akibat tuntutan gaji yang terlalu tinggi. 
Fred dijangka akan menandatangani kontrak selama empat tahun di Old Trafford dengan pilihan untuk 12 bulan tambahan dan dia dilihat membuat lawatan ke padang latihan United pagi ini, menurut The Sun.
Fred tiba di tempat latihan United menggunakan kereta hitam bersama rakannya dan dia akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Carrington. 
Pemain tengah itu kini bakal menjadi pemain pertama yang ditandatangani United dengan pasukan itu dikhabarkan bakal mempunyai jendela perpindahan yang sibuk musim panas ini. 
Jose Mourinho mahu untuk membaik pulih pasukannya dan melihat Fred sebagai pengganti bagi Michael Carrick, yang bersara pada musim panas nanti.
Fred memberikan satu petunjuk besar yang beliau bersedia untuk menyertai United pada malam Ahad apabila tweet dari akaun peribadinya membuktikan bahawa dia berada di Manchester. 
Pemain tengah itu memadamkan tweet tersebut dan mematikan tetapan lokasinya sebelum menghantar semula post itu tetapi peminat United sudah pun mengetahui tentang hal tersebut. 
The Red Devils kali terakhir menandatangani bintang Brazil adalah pada tahun 2007 apabila Anderson melengkapkan perpindahannya ke Old Trafford dari Porto dengan nilai perpindahan sekitar £ 25 juta.