Lukaku DikritikTerlalu 'Lemah' Ketika Aksi Menentang Sevilla Oleh Dua Lagenda United Sendiri...




Paul Scholes dan Rio Ferdinand mengkritik Romelu Lukaku 'lemah' selepas Manchester United seri tanpa jaringan menentang Sevilla dalam pusingan kalah mati Liga Juara-juara. 
United perlu berterima kasih kepada penjaga gol Sepanyol, David De Gea pada Rabu malam ketika mereka mengikat Sevilla dengan keputusan seri 0-0 di pertembungan pusingan pertama pusingan 16 mereka.
Pasukan tuan rumah mempunyai lebih 20 percubaan ke gawang United tetapi De Gea berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya untuk mengekalkan keputusan seri menjelang perlawanan pusingan kedua di Old Trafford.
United, yang kini berada di tempat kedua dalam Liga Perdana, gagal mencipta banyak peluang yang merbahaya, dengan Lukaku membuat percubaan tersasar jauh sebelum Marcus Rashford melepas peluang dari jarak yang dekat. 
Lukaku, 24, telah mengalami waktu yang bercampur baur di United sejak meninggalkan Everton pada musim panas lalu dan Scholes dan Ferdinand mengkritik cara Lukaku mempertahankan bola ketika menentang Sevilla.
'Sekali lagi, Lukaku perlu jadi lebih baik,' kata Scholes kepada BT Sport. 'Apabila anda bermain bola sepak yang secara serangan balas, bola harus dipegang dengan baik.
'Dia sangat lemah. Anda perlu kuat, anda perlu memegang bola itu. Anda perlu memastikan anda memegang bola dengan baik dan membawa pemain lain ke hadapan.
Ferdinand, bekas pemain pertahanan United dan England, menambah: 'Dia mempunyai 38 sentuhan malam ini dan 18 kali dia melepaskannya . 'Jika anda cuba menghasilkan permainan secara serangan balas, bola itu harus tetap di kaki untuk membolehkan pasukan anda keluar ke hadapan.
"Dengan Lukaku dalam pasukan anda pada masa ini, bola tidak kekal berada di penguasaannya2 menyebabkan serangan balas tidak berlaku." 
Meskipun aksi United begitu hambar, pengurus Jose Mourinho tetap berpuas hati dengan prestasi pasukannya. Perjalanan Sevilla ke Old Trafford untuk perlawanan pusingan kedua pada 13 Mac.
"Satu-satunya masa di mana kami merasa lega adalah dalam beberapa saat terakhir di babak pertama apabila terdapat beberapa kesilapan dari kami dalam penguasaan bola menyebabkan mereka mempunyai beberapa peluang yang baik dan De Gea berjaya menyelamatkannya," katanya. 
"Selain itu semua dalam permainan itu seimbang, tetapi statistik adalah apa yang mereka ada. Saya benar-benar merasakan bahawa keputusan pada akhirnya mencerminkan apa yang berlaku dalam permainan itu - anda bertanya kepada saya adakah itu hasil yang baik, dan saya mengatakan ia tidak baik dan ia juga tidak buruk."