Akhirnya Torreira Buka Mulut Mengenai Isu Perpindahan Ke Arsenal Musim Hadapan!




Bintang Sampdoria, Lucas Torreira telah melabelkan Arsenal sebagai salah satu pasukan paling penting di dunia di tengah spekulasi yang mengaitkan dia dengan perpindahan ke Emirates. 
Torreira, 22, dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian sebanyak £ 26 juta dengan The Gunners dan dijangka menyertai rakan sepasukan barunya itu selepas kempen Piala Dunia bersama pasukan Uruguay.
Unai Emery sedang memburu pemain tengah yang baru, dengan Jack Wilshere bakal berpindah keluar dari Arsenal, dan Torreira adalah sasaran utama pengurus Sepanyol itu.
Stephan Lichtsteiner sudahpun melengkapkan perpindahannya secara percuma ke Arsenal awal bulan ini dan Torreira memberi bayangan bahawa dia akan mengikuti pemain Switzerland itu ke utara London. 
Ditanya adakah dia kini pemain Arsenal, Torreira menjawab: 'Tidak, saya tidak tahu [jika dia adalah pemain Arsenal].
"Pada masa ini, perkara yang paling penting adalah bermain untuk negara saya. 
"Arsenal adalah pasukan yang baik, salah satu pasukan yang terpenting di dunia, tetapi buat masa ini saya hanya fokus bermain untuk negara saya."
Presiden Sampdoria mendakwa awal minggu ini bahawa pasukan Serie A itu telah menerima bayaran sebanyak £ 26 juta untuk Torreira. 
"Torreira akan meninggalkan kelab dengan nilai € 30 juta. Saya membelinya dari Pescara ketika tidak ada sesiapapun yang percaya padanya," Massimo Ferrero memberitahu TMW.
'Kami mengambil dia secara rawak dan kami berjaya, hanya dengan membayar nilai perpindahan sebanyak € 3 juta. 
"Wang yang masuk akan digunakan untuk memberi manfaat kepada pasukan ini."