Ini Kata-kata Dari Mourinho Dan Fred Sendiri Selepas Rasmi Jadi Pemain Manchester United!




Pemain baru Manchester United, Fred telah mendedahkan bahawa dia tidak dapat menolak peluang untuk bekerja di bawah Jose Mourinho selepas melengkapkan perpindahannya ke Old Trafford. 
Pemain antarabangsa Brazil itu menyelesaikan pemeriksaan kesihatannya dengan kelab tersebut pada dua minggu yang lalu dan menandatangani perjanjian selama lima tahun dengan pilihan tambahan selama 12 bulan.
United secara rasminya mengesahkan perpindahan tersebut petang tadi, menjadikan Fred pemain yang kedua ditandatangani United pada perpindahan musim panas ini selepas ketibaan Diogo Dalot dari Porto dengan harga £ 19 juta.
Fred hampir menyertai Manchester City pada bulab Januari yang lalu tetapi pemain tengah itu berkata dia tidak dapat menolak peluang untuk bekerja di bawah Mourinho.
"Ini adalah kelab terbesar di dunia dan saya gembira menjadi sebahagian daripada pasukan yang hebat ini," kata Fred.
"Untuk bekerja dengan Jose Mourinho, yang telah memenangi banyak piala pada masanya sebagai jurulatih, adalah satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.
"Saya tidak sabar untuk bermula dan bertemu dengan rakan sepasukan baru saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di Shakhtar Donetsk untuk semua yang telah mereka lakukan untuk saya sejak lima tahun yang lalu.
"Ini adalah masa yang sangat menarik bagi saya dengan tumpuan saya sekarang sepenuhnya pada Piala Dunia bersama Brazil."
Fred dijangka mengisi bahagian tengah membentuk tiga pemain yang terdiri daripada Nemanja Matic dan Paul Pogba. 
Bintang Brazil itu kini berada di Piala Dunia di Rusia bersama negaranya tetapi Mourinho berkata dia akan membawa pelbagai kualiti ke dalam kelab tersebut.
"Fred akan melengkapi ciri-ciri pemain tengah kami yang lain, yang kami perlukan; pemikirannya yang kreatif dan hantaran-hantaran yang menarik akan menambah dimensi lain untuk permainan kami, "kata Mourinho.
"Saya sangat gembira dia menyertai kelab kami dan saya percaya pemain kami tahu betapa pentingnya dia berada dalam pasukan kami."