Meskipun Berjaya Menjaringkan Dua Gol, Hazard Mahukan Lukaku Lebih Terlibat Dalam Permainan!




Eden Hazard melontarkan kritikannya terhadap Romelu Lukaku selepas kapten Belgium mengatakan penyerang Manchester United itu hilang ketika aksi menentang Panama.
Lukaku, dan rakan sepasukannya dari Belgium, mengalami kesukaran untuk memecahkan benteng pasukan Panama pada babak pertama perlawanan, tetapi akhirnya berjaya menjaringkan tiga gol dalam tempoh 45 minit yang kedua dengan Lukaku menyumbangkan dua gol.
Walaupun dengan kemenangan itu, Hazard mengakui yang dia tidak berpuas hati dengan usaha yang dilakukan oleh Lukaku pada babak pertama dan mengatakan ianya sukar untuk bermain ketika pasukan anda kekurangan seorang pemain. 
"Kami hanya berbincang secara normal dan kami memenangi perlawanan itu pada akhirnya jadi ianya baik-baik saja."
Hazard akan mengetuai pasukannya sekali lagi dalam aksi perlawanan kumpulan yang kedua menentang Tunisia pada hari Sabtu, dengan harapan dapat menambah satu lagi kemenangan.
Memperolehi tiga mata akan memberi keselesaan buat pemain Belgium dengan baik yang akan menentang England dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada minggu depan.
Lukaku pastinya gembira setelah berjaya menjaringkan dua gol di Rusia, tetapi Hazard jelas tidak terkesan dengan beberapa penglibatan rakan sepasukannya itu.
"Saya memberitahu Romelu pada rehat separuh masa bahawa kita memerlukannya. Dia bersembunyi di kawasannya sendiri pada babak pertama." katanya. 
"Walaupun kami mempunyai pemain yang baik, namun tidak mudah bagi kami untuk bermain dengan kekurangan seorang ahli.
"Sebaik sahaja dia terlibat dalam permainan, seolah-olah seperti magik, dia berjaya menjaringkan dua gol. Saya harap dia akan faham. Dia tidak mempunyai permainan yang buruk. 
"Dia menjaringkan dua gol, jadi semua orang gembira. Ianya baik untuk keyakinannya. 
"Tetapi saya mahukan dia untuk cuba lebih terlibat dalam permainan, terutama pada babak pertama - kerana kami tahu apa yang dia mampu lakukan."