Aksi Karius Menentang Spurs Bukti Liverpool Tidak Perlu Penjaga Gol Baru! Ini Reaksi Karius Mengenai Kerjayanya Di Anfield...




Loris Karius bertekad untuk membuktikan bahawa Liverpool tidak perlu membeli penjaga gol No 1 yang baru pada musim panas ini selepas dia meletakkan sasarannya pada melakar kejayaan di Liga Juara-Juara.
Penjaga gol The Reds telah dihantui dengan spekulasi yang menghubungkan kelab itu dengan penjaga gol baru dari kelab lain seperti Allison dari AS RomaAlisson dan  Jan Oblak dari Atletico Madrid.
Walau bagaimanapun, Karius tahu bulan-bulan akan datang merupakan tempoh penting dalam kerjayanya di Anfield.
Jurgen Klopp telah memberikannya peluang untuk bersinar selepas 18 bulan pertama yang sukar bersama kelab itu dan dia berhasrat untuk mengambil peluang itu sebaiknya.
"Jika anda membaca Akhbar sebagai pemain Liverpool maka setiap minggu kami akan mempunyai lima pemain baru dalam setiap posisi," kata Karius kepada ECHO.
"Anda tidak boleh terlalu mempercayai tentang spekulasi itu. Apabila saya melihat ketika sesi latihan, saya fikir kita sudah mempunyai kualiti yang baik di posisi penjaga gol.
"Saya rasa kita agak malang pada masa-masa tertentu. Selalunya tidak banyak yang boleh anda lakukan. Kemudian jika anda tidak melakukan sesuatu dengan 100% betul, maka ia akan menjadi sangat besar kesannya berbanding dengan penjaga gol di kelab yang lebih kecil dengan jumlah 'saves' yang sedikit. Itulah kehidupan bermain di sebuah kelab besar seperti Liverpool dan anda perlu berurusan dengannya.
"Saya hanya mahu menampilkan diri saya dengan baik dan kemudian saya akan mempunyai peluang untuk bermain di kelab ini untuk musim depan juga.
"Itulah cabaran yang dihadapi saya secara peribadi. Saya juga ingin membantu pasukan ini mencapai seberapa banyak yang kami boleh.
"Selain kelompok empat pasukan teratas, kami masih mempunyai Liga Juara-Juara. Kami mahu terus maju ke hadapan dan mengapa tidak cuba untuk memenanginya? Terdapat banyak matlamat besar sepanjang musim ini. "
Karius terpaksa menyelesaikan tugasnya di saingan Eropah pada separuh masa pertama untuk musim ini kerana Klopp memilih untuk menurunkan Simon Mignolet dalam aksi di Liga Perdana.
Tetapi pada separuh masa kedua musim ini, pengurus itu menetapkan pasukannya dan menyatakan bahawa Karius adalah No 1 yang baru.
Ia merupakan perkara yang positif bagi pemain berusia 24 tahun itu untuk kekal beraksi dengan kerap buat pasukan tersebut.
Karius berkata: "Ia sukar pada separuh pertama musim ini tetapi saya tidak melakukannya dengan terlalu buruk.
"Saya masih menunjukkan permainan yang berkualiti tinggi di Liga Juara-Juara dan saya tahu peluang saya akan datang dalam Liga Perdana. Saya sering keluar masuk dalam pasukan tetapi saya telah menunjukkan kepada pengurus bahawa apabila dia memerlukan saya, saya ada di sana.
"Sudah tentu saya gembira dengan keputusan itu (untuk menjadikannya penjaga gol No 1). Anda akan mendapat lebih banyak peluang bermain dari satu permainan ke permainan yang lain tetapi saya tahu saya perlu terus menunjukkan prestasi yang cemerlang. "
Musim pertama Karius di Liverpool membuktikan bahawa tangannya yang patah telah merosakkan perkembangannya pada mulanya dan kemudian banyak kesilapan yang dilakukan menyebabkannya jatuh ke belakang. Beliau menghabiskan kebanyakan masanya pada musim lalu di bangku simpanan.
Pemain yang ditandatangani dengan nilai £ 4.7 juta dari Mainz itu tahu tumpuan masih kekal terhadapnya. Dia dikritik hebat selepas melepaskan gol dari jarak dekat oleh Leroy Sane dalam kemenangan 4-3 yang mendebarkan ke atas Manchester City bulan lalu.
Tetapi dia menunjukkan dalam keputusan seri 2-2 yang dramatik pada hari Ahad menentang Tottenham dengan menunjukkan persembahan yang lebih meyakinkan.
Selain berjaya menyelamatkan penalti pertama Harry Kane, dia juga membuat penyelamatan besar dari usaha Heung-Min Son.
"Mungkin saya boleh melakukan lebih baik ketika menentang Man City. Saya tidak melihatnya sebagai satu kesilapan besar kerana dia (Sane) merembat bola dengan baik, "katanya.
"Dalam permainan lain, saya tidak melakukan banyak perkara. Saya keluar semasa terdapat hantaran dan mendapatkan bola. Di Swansea dia (Alfie Mawson) meletakkannya tepat di penjuru tiang gol dan tidak banyak yang boleh saya lakukan.
"Anda tidak boleh kecewa kerana anda tahu akan ada permainan apabila pasukan memerlukan lebih banyak lagi dan anda perlu berada di sana.
"Saya tidak memohon pada perlawanan lain: 'Tolong, saya perlukan 'save'.' Saya tahu ia akan datang. Saya mempunyai lebih banyak tugas ketika menentang Tottenham dan saya cuba untuk membantu pasukan.
"Saya telah berusaha dengan keras di sesi latihan. Saya berasa yakin. Saya rasa saya banyak belajar dari musim lalu dan saya rasa baik. "
Karius berada di tengah kontroversi apabila pengadil Jon Moss menganugerahkan Spurs dua sepakan penalti lewat perlawanan tersebut.
Dia dihukum kerana menjatuhkan Kane, yang dituduh melakukan 'dive' oleh pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk.
Karius berdiri dan menyelamatkan sepakan yang perkara tetapi dia tidak dapat menghalang Kane dari menjadikannya 2-2 dalam minit-minit akhir perlawanan selepas Van Dijk juga dihukum selepas menjatuhkan Erik Lamela.
"Untuk yang pertama, ia melepasi kaki Dejan Lovren dan saya terpaksa membuat keputusan sama ada untuk keluar atau tidak," katanya.
"Jika saya tidak keluar, ia akan menjadi gol mudah untuk Kane. Dia jelas mahukan penalti itu kerana bola itu tidak berada dekat dengan pemain tersebut.
"Saya menarik tangan saya dan saya merasakan bahawa dia menyentuh saya sedikit di atas bahu saya. Semuanya berlaku begitu pantas. Di dalam bilik persalinan semua orang pasti bahawa Kane adalah offside dan jika dia offside maka ia tidak sepatutnya penalti.
"Yang kedua adalah sangat teruk. Pengadil benar-benar dekat dan berkata tidak. Beliau adalah tiga kali lebih dekat berbanding pembantu pengadil dan dia meneruskan perlawanan. Tetapi pembantunya mengangkat bendera dan dia memberikan penalti.
"Lamela memusingkan tubuhnya dan dia tidak melihat bola itu. Ia adalah satu yang teruk, terutama sekali kerana pengadil dengan jelas mengatakan teruskan bermain, tetapi kami tidak dapat mengubahnya sekarang. "
Liverpool terlepas untuk kemenangan penting dalam perlumbaan merebut kelompok empat teratas tetapi dengan kekalahan Chelsea di Watford pada malam Isnin, pasukan bimbingan Klopp masih kekal di kedudukan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris.
Dengan dua gol dari Mohamed Salah menjadikan jumlah jaringanya sebanyak 28 pada musim ini, Karius menegaskan bahawa ada banyak positif yang perlu diambil ketika tumpuan mereka berubah kepada perjalanan ke Southampton.
"Apabila Mo mempunyai bola, anda selalu tahu sesuatu yang ajaib boleh berlaku," katanya.
"Gol keduanya adalah sangat mengagumkan. Dia hebat buat kami sepanjang musim ini. Anda memerlukan pemain seperti itu dalam pasukan anda untuk mencapai perkara yang hebat.
"Kami sangat kecewa tidak memenangi perlawanan itu. Apabila anda terlepas di minit-minit akhir perlawanan, terdapat banyak kekecewaan. Mungkin sebelum perlawanan, jika anda melihatnya, anda akan mengatakan bahawa seri adalah keputusan terbaik bagi kami daripada mereka kerana kami mendahului Tottenham. Tetapi selepas permainan itu terasa seperti ia tidak cukup untuk kami, ia sepatutnya tiga mata.
"Kami mendahului selama 80 minit. Ada kalanya kita perlu berada di kedudukan bertahan, anda tidak boleh terus menyerang sepanjang perlawanan kerana Tottenham adalah pasukan yang kuat. Saya fikir kita bertahan dengan baik. "