Alvaro Morata memberi amaran kepada Chelsea bahawa Lionel Messi 'tidak boleh' dihentikan menjelang saingan Liga Juara-Juara pasukan tersebut menentang Barcelona.
Bekas Juara Liga Perdana Chelsea, yang kembali menduduki tangga ke-4 liga pada hari Isnin dengan kemenangan 3-0 ke atas West Brom, bakal menghadapi Barca pada hari selasa depan dalam pusingan kalah mati (pusingan 16) Liga Juara-Juara.
Setelah gagal menjaringkan gol melawan Chelsea dalam lapan perlawanan sebelum ini, rekod Messi melawan The Blues adalah yang terburuk sepanjang kariernya menentang mana-mana pasukan lain.
Tetapi, menurut Morata, Chelsea masih akan menghadapi kesukaran untuk menghentikan pemain Argentina itu, terutama sekali melihat kepada rekod cemerlang Barcelona pada musim ini dengan menduduki tangga teratas La Liga dengan kelebihan tujuh mata.
"Messi tidak dapat dihentikan," Morata, bekas penyerang Real Madrid, memberitahu Movistar.
"Jika kita boleh mendapatkan keputusan yang baik di sana, kita perlu bermain permainan secara bertahan tanpa memberi sebarang ruang dan cuba mengganggu mereka sebanyak mungkin."
Morata menyertai Chelsea pada musim panas yang lalu dalam perjanjian rekod pembelian kelab dan segera memberikan impaknya di Stamford Bridge, dengan berjaya menjaringkan tujuh gol dalam tujuh penampilan.
Tetapi dia gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang bulan Oktober dan kemudian terlepas hampir sebulan pada awal 2018 akibat kecederaan belakang.
Morata telah memenangi kejuaraan Sepanyol dan Liga Juara-juara ketika dia bermain bersama Real Madrid tetapi mengakui dia kecewa kerana menjadi pilihan kedua di kelab tersebut.
"Saya bermain banyak di tempat saya, bersama pasukan saya, bersama kawan saya," tambahnya. "Kami memenangi kejuaraan liga dan juga Liga Juara-Juara.
'Saya bermain banyak perlawanan, tetapi selalu sebagai pemain plan B. Saya tidak pernah meminta untuk menjadi starter, Madrid adalah sesuatu tempat yang lain.
"Tetapi saya tidak bermain dalam perlawanan kalah mati di Liga Juara-Juara, sama ada menentang Barcelona, Atletico Madrd, Sevilla atau Valencia. Kehidupan tidak berakhir apabila anda meninggalkan Real Madrid, tetapi saya masih peminat Real Madrid. "
Tiada ulasan
Catat Ulasan