Dengan Kelebihan Yang Dia Ada, Giroud Yakin Dia Orang Yang Tepat Bantu Chelsea Musim Ini...




Olivier Giroud percaya kekuatan mental yang dimiliki menjadikan dia sebagai calon yang sempurna untuk memulihkan musim Chelsea kali ini. 
Pemain berusia 31 tahun itu telah menamatkan tempoh lima tahun setengah dengan Arsenal pada hari tarikh jendela perpindahan bulan januari dengan menandatangani perjanjian dengan juara Liga Perdana Inggeris musim lalu dalam perjanjian £ 18 juta. 
Giroud, yang menjaringkan banyak gol selama berada bersama The Gunners dalam semua pertandingan, telah menjadi penyerang pilihan kedua di Arsenal berikutan ketibaan pembelian musim panas ini iaitu Alexandre Lacazette dan ditambah lagi selepas pembelian rekod kelab tersebut Pierre-Emerick Aubameyang.
Pemain antarabangsa Perancis itu hanya melihat dari luar semasa Chelsea dibelasah 3-0 di tempat sendiri oleh Bournemouth pada hari Rabu tetapi bakal membuat debutnya pada hari Isnin depan menentang Watford jika Alvaro Morata, yang telah berjuang untuk mendapatkan rentak dan keyakinan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, gagal pulih dari kecederaan belakang yang dialaminya.
Ditanya tentang apa kelebihan yang dibawanya ke barisan hadapan Chelsea, Giroud berkata: 'Cara saya memegang bola, keserasian dalam permainan dan kecekapan saya di depan gol. Ia tidaklah begitu buruk! 
'Semangat sepasukan saya juga. Kekuatan mental saya juga baik, kerana ada ketikanya anda akan mengalami kesukaran dalam satu musim dan anda harus kuat dan cuba mengekalkan semangat sepasukan yang kuat. Saya berada di sini untuk membantu pasukan dengan apa yang saya ada.
'Saya cuba melakukan isyarat yang paling berkesan di hadapan gol. Jika bola berada di kaki kanan saya, saya tidak akan cuba untuk mengembalikannya ke kiri saya. Jika saya boleh menyelesaikannya dengan kaki kanan maka saya akan lakukannya. Jika saya boleh menyempurnakannya dengan tendangan 'scorpion', saya akan lakukannya! 
'Tidak, secara seriusnya, di dalam kotak penalti anda tidak terlalu banyak masa jadi anda perlu menyesuaikan diri dengan cepat untuk menyempurnkan jaringan hanya dengan satu sentuhan. Kebanyakan gol yang saya jaringkan adalah melalui satu sentuhan kerana anda perlu menjadi yang pertama untuk menyentuh bola dan menipu penjaga gol. '
Giroud adalah pemain yang ketiga The Gunners yang berpindah kepada pasukan lain di dalam Liga Perdana Inggeris selepas dua pemain sebelumnya itu Sanchez yang melengkapkan perpindahannya ke Manchester United melalui pertukaran dengan Mikhitaryan dan juga Theo Walcott yang melengkap perpindahannya ke Everton.