Liverpool – Dua pemain Liverpool, Mamadou Sakho dan juga Lazar Markovic tidak disenaraikan dalam skuad yang persaingan Premier League Asia Trophy di Hongkong.
Sebelum ini, kedua-dua mereka menghabiskan musim 2016-2017 secara pinjaman ke Crystal Palace dan juga Hull City. Akan tetapi, selepas kembali ke Anfield khidmat mereka tidak diperlukan lagi selepas Liverpool menandatangani pemain sayap Mohamed Salah dan dikhabarkan mahu mendapatkan pemain pertahanan Southampton Vigil Van Dijk menyebabkan peluang untuk Sakho dan Markovic dalam kesebelasan utama semakin tipis.
Hal ini menunjukkan petanda bahawa pengurus Jurgen Klopp ingin menjual kedua pemain tersebut pada sesi perpindahan musim panas ini. Yang lebih menarik lagi apabila Jurulatih yang berasal dari Jerman itu lebih memilih membawa pemain-pemain muda yang telah kembali daripada proses peminjaman ke Hong Kong seperti Ryan Kent, Jon Flanagan dan juga Danny Ward. Dimana ketiga-tiganya dikhabarkan akan diserapkan ke dalam skuad utama The Reds sekiranya menunjukkan aksi yang cemerlang sepanjang pra musim ini dengan Liverpool meramalkan persaingan yang sengit bermula musim 2017-2018.
Tiada ulasan
Catat Ulasan