Bila saya menyertai Liverpool 10 Tahun lalu, saya mempunyai tiga matlamat utama - Lucas Leiva





Apabila saya mula-mula menyertai Liverpool 10 tahun yang lalu, saya mempunyai tiga matlamat utama.

Pertama, saya mahu memenangi tempat dalam pasukan, yang saya berjaya lakukan. Seterusnya, saya berharap untuk membuktikan diri saya layak menyarungkan jersi  itu, sesuatu sasaran yang lebih patut ditentukan oleh orang lain sama ada saya telah mencapainya ataupun tidak. Akhirnya, saya memandang ke hadapan dengan harapan bahawa jika dan bila tiba masanya untuk meninggalkan kelab yang hebat ini, saya akan melakukannya dengan cara yang sebaik mungkin.

Masa itu telah tiba untuk mempersiapkan diri untuk karier baru saya di Lazio dan ketika saya sedang bersedih kerana hari-hari saya di Anfield akan berakhir, saya dapat sekurang-kurangnya merasa gembira dengan penghargaan terhadap hubungan saya bersama kelab Liverpool dan peminat yang sangat kuat dan istimewa. 

Ini adalah salah satu kelab terbesar di dunia dan tumpuan saya adalah selalu ingin menghabiskan sepanjang kerjaya saya di sini tetapi semakin kurang saya dapat bermain, semakin saya menyedari bahawa saya perlu pergi ke kelab lain jika saya mahu terus bermain seberapa banyak yang saya boleh.

Apabila anda menyukai sebuah kelab dan sebuah bandar raya sepertimana saya menyukai Liverpool, ia bukan keputusan mudah untuk diambil. Perkara yang paling mudah untuk saya lakukan adalah tinggal di sini selagi saya boleh walaupun saya tidak mengharapkan untuk bermain dengan kerap, tetapi itu adalah bertentangan dengan segala yang saya percaya sebagai seorang pesaing dan pemain bola.

Sebab itulah saya menyertai Lazio, yang bermaksud kesedihan saya untuk meninggalkan Liverpool disertai dengan rasa keterujaan yang saya akan mewakili salah satu kelab hebat di Itali. Sebelum saya membuat keputusan untuk mengambil peluang pergi ke Itali, saya berbincang tentang situasi saya dengan Jürgen Klopp dan cara dia mengendalikannya menunjukkan sekali lagi betapa hormatnya dia kepada pemainnya. Saya berterima kasih kepada beliau dan kepada semua pengurus yang pernah saya bekerja di Liverpool, terutama yang menunjukkan kepercayaan kepada saya walaupun boleh bertindak sebaliknya.

Keutamaan saya sekarang adalah untuk melihat ke depan dalam bab baru kerjaya saya dengan kepercayaan bahawa saya boleh menyumbang kepada Lazio dengan cara yang sama yang saya lakukan selama membantu Liverpool. Saya berasa bersyukur dapat tinggal dan bekerja di sebuah kota yang bersejarah seperti Liverpool, satu tempat yang saya sedari berbeza dengan yang lain, dan semasa berada di sini saya telah berkahwin dan dikurniakan dua orang dan apapun yang berlaku kami akan tetap mengingati Liverpool. Saya juga bernasib baik untuk bermain dengan rakan sepasukan yang bertaraf dunia dan berkongsi matlamat mereka untuk melakukan segala yang kami mampu untuk membantu kelab menjadi yang terbaik. 

Di luar padang, saya diberikan kepercayaan untuk menjadi pemegang amanah Yayasan LFC dan mula melihat kerja yang mereka lakukan kepada masyarakat setempat. Apabila saya meraihkan selama satu dekad berada di Liverpool, Ia sangat buat saya apabila mendengar kanak-kanak yang telah dibantu oleh Yayasan menggambarkan saya sebagai Scouser.

Saya mungkin tidak memenangi banyak trofi seperti yang saya inginkan semasa saya berada di sini tetapi dapat mendengar orang ramai tentang saya lebih memberi makna daripada memenangi banyak piala. Begitu juga untuk video yang saya hantar pada hari Jumaat yang menunjukkan peminat, yang ramai daripadanya masih muda, menyanyi nama saya semasa perlawanan di Wigan Athletic. Untuk menjadi individu yang menerima sokongan itu dan semangat itu membuat saya berasa bangga.

Itulah sebabnya - dan banyak-banyak lagi - bahawa Kelab Bola Sepak Liverpool dan penyokongnya akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hati saya. Di samping itu, keperibadian, jenaka, kehormatan dan integriti rakyat bandar ini juga akan kekal bersama saya selama-lamanya.

Dari sudut hati saya yang paling dalam, terima kasih kepada setiap peminat Liverpool. Keluarga saya dan saya sendiri akan sentiasa berterima kasih atas sokongan anda kerana menjadi sebahagian daripada kelab hebat ini, yang bermaksud kami juga akan bersedih memandangkan masanya telah tiba untuk saya meninggalkan kelab ini. Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah saya berharap lebih daripada segala-galanya yang musim baru akan datang dapat menjadi yang terbaik untuk kelab baru saya dan juga kelab lama saya.

YNWA,

Lucas