Tiga Lagi Kelab Liga Inggeris Dikaitkan Dengan Van Dijk Selain Liverpool




London, – Arsenal dikatakan sedang mengintai dan berhasrat untuk memberikan tawaran rasmi kepada bintang Southampton iaitu Virgil Van Dijk.
Mendapatkan pemain pertahanan tersebut adalah menjadi keutamaan The Gunners, disebabkan pemain pertahanan tengah mereka Per Mertesacker akan bersara pada hujung musim ini dan meneruskan kariernya sebagai jurulatih di akademi. Bahkan untuk membawa pemain tersebut ke London, Arsenal bersedia untuk mengeluarkan dana sebanyak 45 juta Pounds.
Sebelum ini, pemain pertahanan pasukan kebangsaan Belanda itu dikhabarkan akan berpindah ke Liverpool. Tetapi, baru-baru ini pengurus Arsene Wenger dikatakan merancang untuk menguatkan pertahanannya dan jurulatih yang berasal dari Perancis itu merasakan bahawa Virgil merupakan individu yang tepat untuk menggantikan kapten The Gunners dalam jangka masa panjang.Selain The Reds dan The Gunners, Pasukan Liga Inggeris yang lain seperti Manchester City dan juga Chelsea turut dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan berusia 26 tahun itu.