Teguran Conte Untuk Morata Selepas Perlawanan Menentang Inter Milan





Pembelian termahal The Blues membuat penampilan pertamanya menentang Inter Milan yang menyaksikan mereka tewas di singapura.

Aksi yang ditunjukkan oleh Morata dalam perlawanan tersebut membuatkan Conte tanpa ragu dapat mengenalpasti di mana bahagian yang perlu diutamakan oleh pemain tersebut sebelum perlawanan Community Shield menentang Arsenal minggu hadapan.

Beliau berkata: "Morata baru sahaja berlatih dengan kami.

"Dia perlu memperbaiki keadaannya untuk menyesuaikan diri dengan cepat ke dalam pasukan kami.

"Dia bekerja dengan baik tetapi hanya lima hari sahaja. Hari ini dia berusaha untuk melakukan yang terbaik tetapi yang pasti dia harus terus meningkat lagi. "

Morata bermula di sebelah kiri dalam posisi tiga bahagian hadapan Chelsea dengan Michy Batshuayi bermain di bahagian tengah.

Tetapi dia gagal untuk menunjukkan impak yang dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kekalahan 2-1 kepada Inter Milan, di mana Stevan Jovetic dan Ivan Perisic menjaringkan gol untuk pasukan Serie A itu sebelum gol sendiri oleh Geoffrey Kondogbia.

Ia merupakan kekalahan yang kedua Chelsea dalam lawatan mereka di Asia, dimana sebelum ini tewas 3-2 menentang Bayern Munich.

Conte berkata: "Saya berpendapat bahawa kami telah menentang dua pasukan yang kuat, Bayern dan Inter, dalam tempoh yang merupakan tempoh penting di mana kami bekerja keras.

"Untuk bermain tiga perlawanan dengan pemain yang sama, mereka letih, sangat letih, kerana kami bermain tiga perlawanan dengan pemain yang sama.

"Kami tahu ia akan menjadi sukar di musim baru. Dua tahun lalu, pasukan ini telah mengakhiri liga di tempat ke-10 dan inilah yang cuba kami elakkan ini.

"Dua jurulatih [Mourinho dan Carlo Ancelotti] dipecat selepas mereka memenangi liga dan sudah tentu saya mahu mengelakkannya.

"Kami bekerja bersunggh-sungguh dan saya berharap dapat mencari penyelesaian terbaik di masa hadapan. Kami mempunyai banyak pemain muda dan ia adalah usaha untuk meningkatkan permainan mereka adalah perlu."