Matic Sah Pemain Manchester United Dalam Tempoh 24 Jam




 Nemanja Matic akan bersatu semula dengan Jose Mourinho minggu ini dengan perpindahan £ 40 juta ke Old Trafford.

Pengurus Manchester United telah cuba berusaha untuk melakukan perpindahan ini sejak akhir musim lalu tetapi hubungan dengan Chelsea berubah menjadi dingin apabila Mourinho berjaya memintas The Blues untuk mendapatkan penyerang Everton Romelu Lukaku.

Tetapi Matic - yang telah memenangi liga sebanyak dua kali di Chelsea, salah satunya semasa berada di bawah Mourinho - dilaporkan untuk menjalani pemeriksaan perubatan pada hari Ahad dan berharap dapat memuktamadkan perpindahannya ke Manchester United dalam tempoh 24 jam.

Dia bahkan telah bergambar dengan menggunakan baju atau kit latihan United.

Mourinho terdesak untuk mendapatkan Matic untuk memperkuatkan lagi bahagian tengah United selepas kecewa dengan kekurangan pengurusan kelab berkaitan perpindahan pada musim panas ini, dan melihat Matic sebagai pemain yang ideal dan sesuai untuk membantu bersaing mendapatkan kejuaraan liga musim depan.

Khabar ini justeru telah mencetuskan minat dari kelab dalam liga Turki iaitu Galatasaray terhadap Marouane Fellaini, yang mungkin tidak lagi berada dalam kesebelasan utama selepas ketibaan pemain antarabangsa Serbia itu.

Disoal mengenai keadaan ini selepas kemenangan dalam perlawanan persahabatan hari Ahad dengan pasukan Norway, Valerenga, Mourinho berkata:

"Saya menunggu berita, saya tahu bahawa dia sangat-sangat menginginkan perpindahan ini.

"Saya fikir kami mempunyai peluang, tetapi dalam bola sepak, selagi tidak perpindahan belum sah maka tiada yang akan dapat menjangka apa-apa.

"No.31 [kit Matic yang ada dalam gambar yang muncul dalam talian pada awal hari] adalah jersi yang tiada pemilik [berikutan perpindahan Bastian Schweinsteiger], saya tidak tahu sama ada dia berada di sana kerana saya tidak berada di sana Hari ini. "

Pemain berusia 29 tahun itu akan menjadi pemain ketiga Mourinho pada musim panas ini, berikutan ketibaan Lukaku dan pertahanan Benfica £ 30 juta iaitu Victor Lindelof.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte terdesak untuk mendapatkan pemain baru di Stamford Bridge, dan wang untuk pembelian Matic akan dapat memberikannya tambahan wang pada bulan terakhir perpindahan musim panas ini.

Conte juga telah memberikan komen kepada pengurusan mereka mengenai kekurangan pembelian pemain, selepas gagal dalam perpindahan untuk Lukaku yang akhirnya ke Manchester United, Real Madrid, Danilo (ke Manchester City) dan pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci (yang menyertai AC Milan).

Wang hasil penjualan Matic akan membolehkannya memberi tekanan kepada kelab masuk ke pasaran untuk mendapatkan sasaran utamanya - pemain tengah Inter Milan, Antonio Candreva, pertahanan kiri Juventus, Alex Sandro dan pemain pertahanan tengah Southampton, Virgil van Dijk.