DILEMA PEMILIHAN BAHAGIAN TENGAH LIVERPOOL: HENDERSON, LALLANA, CAN, WIJNALDUM, ATAU GRUJIC?




Jurgen Klopp terkenal dengan corak permainan gegenpressing’ yang bertujuan untuk terus memberi tekanan kepada pihak lawan sama ada dengan ataupun tanpa bola. Formasi yang sentiasa menjadi pilihan Klopp adalah 4-3-3.

Dilema dalam pemilihan 3 orang yang akan mengemudikan kawasan tengah liverpool menjadi persoalan besar buat klopp dalam membuat percaturan beliau. Pada musim lalu, pilihan utama adalah henderson, lallana dan wijnaldum sebelum emre can melengkapkan kawasan tengah tersebut pada pertengahan dan penghujung musim selepas kecederaan kapten The Reds.

Pada jendela perpindahan musim panas ini, klopp telah membeli mohamed salah dari as roma untuk diganding bersama mane dibahagian sayap bermaksud tiga bahagian atas liverpool akan dikemudi oleh mane, firmino, dan salah. Manakala untuk Coutinho, akan mengambil tempat dalam tiga pemain dikawasan tengah liverpool.

Setelah Coutinho mengisi kawasan tengah, maka bermula dilema dalam pemilihan jentera tengah liverpool di mana terdapat dua lagi kekosongan dalam kesebelasan utama sedangkan pemain yang merebut tempat tersebut adalah individu yang mempunyai rekod cemerlang termasuklah Lallana, wijnaldum, emre can, henderson dan mungkin juga grujic. Jadi siapakah yang akan menjadi pilihan klopp?

Melihat kepada permainan sebelum ini, lallana merupakan individu yang paling penting di kawasan tengah dengan corak permainannya yang sentiasa mengejar dan melakukan tekanan dengan baik. Sebab itu, klopp selalu memberi ruang di tengah buat lallana dan mungkin ia akan berterusan untuk musim akan datang. Gandingan lallana dan coutinho dibahagian tengah akan memberikan lebih banyak kreativiti kepada liverpool.

Dengan lallana akan kekal dalam kesebelasan utama maka hanya tinggal satu ruang lagi di bahagian tengah liverpool yang belum di isi. Untuk ruang ini, pemain yang diperlukan adalah lebih kepada membantu pertahanan atau menjadi ‘defensive midfielder’. maka ia adalah antara emre can ataupun henderson. Jika melihat kepada kepentingan maka henderson akan mengisi tempat tersebut disebabkan dia merupakan kapten liverpool tetapi jika melihat kepada segi permainan, kedua-dua pemain mempunyai corak bermain secara bertahan yang baik. Tapi rasanya henderson akan bermain untuk awal musim hadapan sekiranya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun ia terpulang kepada jurgen klopp dalam memilih pemainnya yang bakal menjadi sandaran buat skuad liverpool bagi mencabar kejuaraan liga musim hadapan. Kemungkinan kesebelasan utama liverpool bagi musim 2017-2018:

Team A: Mignolet (GK), Clyne (RB), Matip (CB), Lovren(CB), Milner (LB), Henderson (CM), Lallana (CM), Coutinho (CM), Salah (RW), Mane (LW), Firmino (ST)

Team B: Karius/Ward (GK), T. Arnold/Flanagan (RB), Gomez (CB), Klavan (CB), Robertson/Moreno (LB), Grujic (CM), Can (CM), Wijnaldum (CM), Kent/Woodburn/Sturridge (RM), Origi/Solanke (LW), Sturridge, Solanke, Origi, Ings (ST)

Ia cuma bayangan awal, dan mungkin akan berubah mengikut pilihan klopp sendiri dengan melihat kepada prestasi pemainnya dan juga faktor kecederaan. Tetapi melihat kepada kedua-dua barisan pemain di atas sama ada A dan B sememangnya mempunyai kekuatan yang seimbang dan ia menunjukkan gambaran kualiti pemain yang ada di liverpool.