NEYMAR adalah pemain yang sangat hangat diperbincangkan dalam jendela perpindahan musim panas ini selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-German yang merupakan rekod pembelian termahal di dunia sekiranya berlaku dan khabar ini nampaknya semakin menjadi kenyataan.
Neymar akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Paris untuk menyertai kelab gergasi Perancis, PSG pada minggu ini, menurut laporan.
Bintang Barcelona dikatakan telah bersetuju dengan syarat perpindahan dengan kelab itu dengan jumlah perpindahan sebanyak £ 196 juta. Neymar tidak kembali dari Miami bersama pemain Barcelona yang lain selepas perlawanan pra-musim mereka.
Dia berada di China untuk lawatan tajaan dan akan berhenti di Qatar untuk bertemu dengan presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.
Akhbar Qatari, Al Watan melaporkan pemain berusia 25 tahun itu akan pergi ke pusat perubatan Aspetar untuk imbasan dalam tempoh beberapa hari yang akan datang.
'Qatar Sports Investment' - kumpulan yang memiliki PSG - dilaporkan menawarkan £ 270m untuk pemain Brazil itu yang akan menyaksikan dia membayar yuran perpindahannya SENDIRI.
Akhbar Sepanyol mengatakan wang itu adalah sebagai bayarannya menjadi duta untuk Piala Dunia 2022 di Qatar.
Tetapi dikhabarkan wang itu boleh digunakan untuk membayar klausa pembeliannya sendiri dan memaksa Barcelona untuk melepaskannya berpindah ke Ligue 1.
Ini akan membolehkan PSG memintas peraturan Uefa’s Financial Fair Play kerana secara teknikalnya ia akan menjadi wang tunai dari diri pemain Brazil itu sendiri.
Tetapi kelab La Liga akan melaporkan gergasi Perancis itu kepada Uefa kerana mereka percaya tidak ada cara lain untuk mereka mendapatkan jumlah pendapatan untuk membeli Neymar tanpa melanggar FFP, menurut laporan di Sepanyol.
Sekiranya Neymar bersetuju dengan perbincangan itu, ia akan ditawarkan kontrak lima tahun dan pembayaran gaji sebanyak £ 54m setahun hingga 2022.
PSG sangat yakin mereka telah berjaya mendapatkan sasaran mereka dan sedang merancang bagaimana untuk memperkenalkannya, laporan ESPN.
Bekas penyerang Santos itu adalah isu hebat yang diperbahaskan dalam perpindahan musim panas ini yang mana ia akan menjadi rekod pembelian pemain termahal di dunia.
Ayah Neymar dilaporkan meminta PSG untuk menangguhkan apa-apa perjanjian sehingga selepas hari ini supaya dia boleh mendapatkan bayaran yuran ejen sebanyak £ 23m dari Barcelona.
Sekiranya Neymar masih pemain Barcelona pada 1 Ogos, Catalans perlu membayar Neymar Snr sejumlah wang sebagai sebagai sebahagian daripada perjanjian dalam kontrak yang ditandatangi oleh anaknya pada musim panas lalu.
Spekulasi bintang Samba itu tidak berhenti malah teru meningkat selepas Miami El Clasico pada hari Sabtu. Neymar telah menghabiskan masa 15 minit di bilik persalinan Real Madrid dan menyampaikan kata-kata akhirnya kepada pemain dari kelab musuh tradisi The Catalans sebelum meninggalkan La Liga.
Tiada ulasan
Catat Ulasan