Manchester - Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui kalau Victor Lindelof memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di Old Trafford.
Pemain bertahan berasal dari Sweden itu ditandatangani oleh Manchester United dari Benfica, dengan yuran perpindahan sebanyak 30 juta pounds, dan Mourinho mengakui berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan oleh pemain tersebut dalam perlawanan-perlawanan pramusim.
“Selangkah demi selangkah, dan begitulah seterusnya,” jawab pengurus itu selepas ditanya tentang perkembangan pemain baru mereka.
“Benfica adalah sebuah kelab yang besar. Saya berasa yakin seorang pemain yang datang dari Benfica, sudah tentu mempunyai persediaan secara mental. Mereka adalah sebuah kelab yang besar, dan peranan serta tanggungjawab yang dipikul oleh setiap pemainnya, akan menjadikan pemain-pemain tersebut mempunyai persediaan yang cukup secara mental mahupun fizikal.”
“Tetapi Liga Portugal adalah berbeza [dengan Liga Inggeris], begitu juga dari aspek kualitinya. Benfica adalah salah satu pasukan yang dominan, corak permainan mereka lebih kepada menguasai bola, daripada bermain tanpa bola.”
“Dia memerlukan masa, dan itulah yang akan kami berikan. Seorang pemain yang masih muda sememangnya memerlukan banyak masa.”
“Manchester United adalah sebuah kelab besar, dan untuk bermain di dalam kelab seperti ini, pemain itu juga perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar.
“Liga Inggeris juga sama seperti itu, jadi biar dia mempunyai masa untuk lebih bersedia. Namun saat ini, saya berasa gembira dengan apa yang dia lakukan di dalam kelab.”
Tiada ulasan
Catat Ulasan