Lallana: Memilik pemain ini, seperti 'menandatangani dua pemain baru'. Siapa Pemain Yang Dimaksudkan?





Adam Lallana telah memberi pujian buat rakan sepasukannya, dengan mengatakan bahawa jika dia dalam keadaan yang cergas dan baik, dia boleh diibaratkan seperti 'menandatangani dua pemain baru'.

Lallana dan Sturridge telah bermain bersama dalam pasukan England dan Liverpool, tetapi Sturridge tidak dapat menunjukkan kehebatannya yang tidak dapat dinafikan secara konsisten disebabkan faktor-faktor kecederaan. 

Pada musim lalu, dia menjaringkan hanya tujuh gol secara keseluruhan, tetapi buat masa ini dia berada dalam keadaan yang baik untuk tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, maka ia dapat memberi harapan kepada pasukan agar Sturridge dapat menjadi kesebelasan utama bagi musim 2017/18.

Roberto Firmino berkemungkinan akan memulakan musim ini sebagai penyerang utama, tetapi Sturridge adalah pemain yang lebih klinikal  dalam menjaringkan gol dan pasti  akan mencabar kedudukan pemain Brazil dalam kesebelasan utama, atau juga mungkin akan bermain bersama-sama seperti pada akhir musim 2016/17.

"Studge [Sturridge] menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pramusim setakat ini," kata Lallana kepada ESPN.

"Dia kelihatan sangat tajam, dan memastikannya cergas dan menjaring dalam semua sudut gol adalah seperti 'menandatangani dua pemain baru' jika kita boleh menurunkannya di padang dan membuatkannya menjaringkan gol. Dia adalah pemain bertaraf dunia.

"Dia telah kembali dari musim panas dengan kelihatan sangat cemerlang, sangat cergas. Dia akan menjadi pemain yang penting buat kami musim ini. Saya boleh merasakannya."

Kata-kata Lallana sangat baik, tetapi dia masih mahu kelab membawa lebih banyak kualiti pemain sebelum jendela perpindahan ditutup.

Setakat ini, Mo Salah telah tiba, bersama dengan Dominic Solanke dan Andrew Robertson - tetapi keutamaan adalah mencari pertahanan tengah sebelum kempen berlangsung.

"Saya mahu pemain terbaik dikaitkan dengan Liverpool dan datang ke Liverpool," katanya.

"Jika anda bercakap mengenainya dari sudut pandangan peribadi, tekanan untuk menjadi lebih baik dan persaingan untuk mendapatkan tempat adalah satu persaingan sihat. Itulah yang kita perlukan.

"Pada musim-musim sebelum ini, kita mempunyai barisan simpanan yang mungkin tidak begitu kuat seperti dimahukan. Jika kita mahu mencapai sesuatu, kita amat memerlukan pemain di bangku simpanan yang kuat. "