Langkah Menjadi Pemain Bola Sepak Yang Hebat






1. Ketahui Peraturan Bola Sepak Hal ini lebih berfokus kepada teori dan pengetahuan yang membolehkan anda memahami perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam bola sepak.Cara untuk mempelajari tentang peraturan ini dapat dilakukan dengan melihat peraturan bola sepak terkini yang dikeluarkan oleh FIFA. Dengan adanya pengetahuan ini dapat membantu anda untuk mengelak beberapa situasi yang berlaku semasa bermain bola sepak yang merugikan dan dapat mengelak daripada dilayangkan kad kuning atau merah semasa bermain.

2. Kuasai Teknik Asas Bermain Bola Sepak Setelah anda mempunyai pengetahuan tentang bola sepak, anda bole teruskan untuk melakukan latihan teknik-teknik asas bermain bola.Teknik ini boleh jadi berlatih teknik bermain, seperti berlatih untuk melakukan dribbling atau gelecek, kemahiran menghantar, menanduk dan sebagainya. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh membaca artikel-artikel teknik atau kemahiran asas bermain bola sepak.

3. Latihan Harian- merupakan cara yang berkesan untuk bermain bola sepak. Latihan yang dilakukan setiap hari menjadikan ia lebih mudah untuk anda kuasai. Anda boleh melakukan latihan kemahiran asas yang telah anda ketahui. Untuk meningkatkan kualiti dalam permainan anda, anda mungkin boleh mencuba untuk bermain bersama dengan rakan untuk mempraktikkan kemahiran yang telah dipelajari. 
4. Bergabung dengan rakan bagi membentuk pasukan - dengan adanya sebuah pasukan, ia akan dapat memberi peluang anda untuk menunjukkan kebolehan dan mengasah lagi bakat anda. Sebaiknya bermula dengan kumpulan yang kecil dahulu, sebelum membentuk sebuah pasukan yang lebih besar.
5. Mengikuti Pertandingan - Dengan mengikuti pertandingan, anda akan dapat menimba ilmu  daripada orang luar. Melalui bentuk pertandingan, anda akan dapat mengukur tahap prestasi anda dan sumbangan anda dalam pasukan. Kalau tidak mampu mengikuti pertandingan yang besar, cukup sekadar pertandingan kecil yang penting dapat mengambil pengalaman bermain dalam pasukan. Sekiranya anda menjadi sebahagian dalam sebuah pasukan, anda pasti akan mendapat kesempatan lain seperti ajakan untuk menyertai pasukan yang lebih baik dan besar. 
6. Cari Posisi Yang Sesuai Dengan Anda - Berkaitan dengan posisi, andalah orangnya yang lebih mengetahui dimana anda boleh bermain dengan baik. Namun, lebih baik jika anda mempunyai jurulatih yang dapat memberikan cadangan dan dorongan untuk anda memilih posisi yang bersesuaian. Hal ini penting supaya anda dapat memberikan impak yang terbaik kepada pasukan. Sekiranya anda belum ada posisi yang sesuai, anda boleh mencuba bermain di semua posisi untuk melihat keserasian anda. Ia boleh dilakukan semasa sesi latihan yang dijalankan. 
 7. Mencari Rujukan Terbaik - Untuk menjadi pemain yang lebih baik, anda boleh melihat di tutorial-tutorial di Youtube tentang cara bermain bola sepak. Antara video yang mungkin boleh anda lihat adalah seperti cara menggelecek, tipu helah melepasi lawan, dan banyak lagi. 
Inilah antara cara untuk menjadi pemain bola sepak yang handal. Kalau sememangnya kamu berbakat maka asahlah tetapi jika tidak berlatihlah setekun yang boleh dan tetap bersemangat. Kerana dalam sukan seperti ini, semangat dan keazaman adalah sangat penting. SELAMAT MENCUBA!!