Pengambilan Makanan Sesuai Sebelum dan Selepas Bersukan






Sebagai seorang yang minatkan sukan bola sepak perlulah bijak dalam pemilihan makanan yang penting untuk diri kita tidak kiralah pemain amatur ataupun pemain antarabangsa. Untuk rujukan anda berkaitan dengan makanan sebelum dan selepas bermain bola sepak.


Sarapan Pagi
Memulakan hari dengan bersarapan adalah penting. Sarapan terbukti secara umumnya sebagai membantu kita untuk terus kekal bertenaga untuk mengharungi hari yang panjang.
Bagi pemain bola sepak, lazimnya mereka akan mengambil bubur. Namun bukanlah bubur kosong sahaja. Lazimnya, bubur akan disertakan sekali dengan pelbagai bijirin supaya bubur tersebut mempunyai pelbagai rasa serta menjadikan ia lebih lazat.
Jika anda berasa bubur merupakan makanan yang berat untuk sarapan, anda boleh mengambil sarapan dengan telur. Namun begitu, telur itu dicampurkan bersama roti pita atau dimakan bersama-sama dengan gabungan beberapa jenis roti lain seperti roti putih dan roti gandum penuh.
Snek ringan
Snek untuk para pemain bola sepak adalah berkisarkan tentang protein, protein dan protein! Selalunya mereka akan menjadikan protein flapjacks sebagai pilihan utama. Protein flapjack merupakan sebuah kepingan yang mempunyai nilai protein yang tinggi di dalamnya. Sering juga dimakan mentah bagi mengelakkan campuran gula dan lemak yang tinggi.
Masa yang berbeza
Masa dan jenis makanan merupakan perkara yang saling berkait. Kebiasaannya, makan sebelum perlawanan (pre-match meal) akan diambil 3 jam sebelum perlawanan bermula. Dan jenis makanan yang dimakan adalah berbeza-beza mengikut waktu.
Jika sepak mula perlawanan adalah pagi, maka jenis makanan yang adalah berbeza dengan perlawanan yang berlangsung pada waktu petang atau malam. Berikut adalah contoh menu makanan sebelum perlawanan sekiranya dijadualkan pada waktu pagi:
  • Bijirin berserat tinggi, pisang, madu dan susu
  • Telur hancur, roti gandum penuh yang dibakar dan yogurt
  • Bubur, susu, madu dan buah-buahan
  • Lempeng, madu, pisang dan yogurt
Dan dibawah ini adalah contoh makanan sebelum perlawanan sekiranya bermula pada waktu petang atau malam:
  • Spagheti penuh gandum bersama kuah bolognese
  • Ayam, keju rendah lemak dan bagel penuh gandum
  • Kentang bakar bersama mayonis tuna
  • Roti penuh gandum bakar bersama kentang bakar
jika kita lihat perbandingan bentuk atau jenis makanan yang diambil, makanan sebelum perlawanan untuk sepak mula petang dan malam lebih berat berbanding makanan sebelum perlawanan bagi sepak mula sebelah pagi.
Makan saat akhir
Jika makanan sebelum perlawanan diambil 3 jam sebelum perlawanan, terdapat juga makanan yang diambil pada sejam sebelum perlawanan berlangsung. Sesi makan ini dikenali sebagai last-minute meal atau makan saat akhir. Lazimnya untuk sesi ini hanya melibatkan pengambilan makanan berbentuk ringan sahaja.
Makan saat akhir ini bertujuan untuk memastikan pemain berasa terhidrasi pada tahap maksimum serta bertenaga 100% menjelang perlawanan.
Contoh-contoh makanan yang boleh diambil pada sesi makan minit akhir adalah:
  • Segelas jus oren
  • Bar bijirin
  • Minuman isotonik
  • Roti putih dengan sapuan jem/madu

Minuman Isotonik
Selain makanan, minuman yang betul juga memainkan peranan sebelum, semasa dan selepas anda bermain. Hal ini kerana, minuman akan membantu anda untuk menggantikan air yang hilang dalam badan ketika anda bermain. Sebaiknya, anda perlu mula minum air 4 jam sebelum anda mula beraksi.
Caranya mudah, anda perlu minum sama ada air kosong atau air isotonik setiap 10 hingga 15 minit. Anda juga boleh minum kedua-duanya jika anda mahu, terpulang kepada pilihan anda. Ketika beraksi, pastikan anda dapat minum air setiap kali anda berpeluang untuk melakukan sedemikian ketika perlawanan.
Minum air adalah penting untuk kita. Hal ini kerana ia dapat memastikan kita tetap bertenaga menghadapi perlawanan berintensiti tinggi serta cabaran-cabaran lain seperti cuaca panas ketika perlawanan.
Selepas perlawanan
Selepas perlawanan, terdapat juga beberapa jenis makanan yang sesuai untuk kita ambil bagi memgembalikan semula tenaga pada badan kita selepas penat beraksi. Antara makanan yang boleh diambil selepas letih beraksi adalah:
  • Bar bijirin
  • Minuman yogurt
  • Pisang
  • Sandwish dengan kepingan daging

Kesimpulan
Semua yang di atas adalah sedikit bentuk atau cara pemakanan sekiranya anda seorang yang aktif bersukan. Tidak kiralah sekiranya anda seorang pemain yang amatur mahupun profesional tetap juga perlu menitikberatkan soal pemakanan ini. Cuma bezanya bagi pemain profesional, mereka dikawal rapi dengan pakar pemakanan yang sentiasa mahukan mereka berada di prestasi terbaik.