Andres Pereira- 'Lindelof, Lukaku Pemain Yang Hebat'




Manchester, - Pemain Manchester UnitedAndres Pereira, memberi pujian kepada pendatang baru kelab tersebut iaitu Victor Lindelof dan juga Romelu Lukaku, yang diyakini dapat memberi impak yang positif kepada pasukan Red Devils.
Sepanjang perpindahan ini, kelab gergasi Liga Inggeris tersebut sudahpun menandatangani dua pemain, dan kedua-dua orang pemain tersebut dikatakan sebagai satu pemilihan yang tepat, dan sangat membantu.
“Lindelof dan juga Lukaku merupakan pemain yang hebat, dan saya berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk menjadi rakan sepasukan mereka, saya sangat yakin dengan kemampuan mereka masing-masing,” Kata Pereira.
“Kami akan mampu untuk tampil lebih baik di musim baru ini, dan perlu tetap memberi fokus supaya kami dapat menjalankan semua rancangan dengan baik tanpa ada masalah.”