Kerjaya Markovic Di Anfield Sudah Berakhir - Jurgen Klopp





Liverpool Echo hari ini melaporkan bahawa pengurus The Reds Jurgen Klopp telah mengesahkan bahawa kerjaya Lazar Markovic di Anfield sudah berakhir.

Pemain sayap Serbia membuat penampilan semasa kemenangan dalam perlawanan persahabatan menentang Tranmere, tetapi tidak tersenarai dalam skuad untuk keHong Kong.

Markovic, yang telah membuat 34 penampilan bersama Liverpool selepas ditandatangani dari Benfica tiga tahun lalu, menghabiskan musim lalu untuk secara pinjaman ke Hull City, dan dia tidak dapat membantu dalam menyelamatkan pasukan tersebut dari zon penyingkiran, meskipun usaha bersungguh-sungguh ditunjukkan oleh The Tigers.

Jurgen Klopp mengakui bahawa jika terdapat kelab yang berminat untuk mendapatkan Markovic, maka rundingan akan berlaku, menunjukkan bahawa pengurus mahu melepaskannya pada perpindahan musim panas ini.

"Berkenaan dengan Lazar, tidak ada rahsia lagi jika dia menjumpai kelab lain maka kita akan berunding. Ia seperti tahun lepas juga. Dia pemain yang bagus. Saya suka dia secara individu. Dia kini cergas dan salah seorang yang menunjukkan tahap kecergasan yang baik sejak saya mengenali dia.

"Sebelum ini dia mempunyai masalah dengan pangkal paha, tetapi kini dia sudah pulih. Sudah pasti ada kelab di luar sana yang memerlukan khidmatnya." kata Jurgen Klopp.

Pemain berusia 23 tahun, yang ditandatangi Liverpool dengan harga £ 20 juta, juga pernah menghabiskan masa secara pinjaman di pasukan liga Portugis, Sporting Lisbon semasa dia melalui detik sukar di Anfield, dan ketika dia berusaha untuk mencari peluang menghidupkan kembali kariernya.

Laporan sebelum ini menyatakan bahawa bahawa Watford menunjukkan minat terhadap Markovic, serta bekas majikannya di Hull City.