Lucas Perez yang kelihatan terdesak untuk melepaskan dirinya dari Arsenal, dan merasakan Gunners memberikan baju No.9 ke Alexandre Lacazette tanpa berunding kepadanya menambah kekecewaan pemain tersebut di Emirates.
Perez dilaporkan berbincang kepada ketua perunding Arsenal, Dick Law minggu lalu, yang dipetik dari laman web Sepanyol La Voz de Galicia, seperti yang diterjemahkan oleh Arseblog, yang menyatakan Perez mahu berpindah ke Deportivo La Coruna.
Penyerang itu hanya membuat 11 penampilan dalam Liga Perdana pada musim lalu dan tidak disenaraikan dalam pasukan ke pra-musim di Australia dan China.
Dia nampaknya sudah memberitahu Law: "Saya mahu berpindah untuk bermain dan berasa gembira. Tahun lepas saya hampir tidak mempunyai peluang dan apabila saya mendapatkannya, saya menggunakan kesempatan tersebut dengan sebaiknya.
"Dan musim ini jelas akan menunjukkan keadaan yang sama, saya mahu bersaing untuk tersenarai dalam pasukan kebangsaan. Saya mahu terus bermain, tapi untuk dapatkan peluang itu saya perlu pergi.
"Dan saya berfikir tempat yang paling sesuai untuk saya adalah dengan Dépor. Mereka [Arsenal] tidak bersikap baik dengan saya. Isu mengambil nombor baju tanpa memberitahu saya untuk diberikan kepada rakan sepasukan, saya merasakan 'sudah cukuplah'.
"Saya tidak boleh meneruskan dengan keadaan begini. Saya telah memberikan segala-galanya, tetapi ia tidak dibalas dengan setimpal, jadi saya tidak dapat bertahan lagi.
"Saya rasa ditipu. Pada bulan Februari saya tidak dibenarkan berpindah ke China dengan janji bahawa saya akan bermain lebih kerap sedangkan selepas itu saya mempunyai peluang(bermain) yang lebih sedikit.
"Tetapi nombor baju menunjukkan isyarat yang tidak baik. Dalam perjalanannya, Lacazette telah meminta Pengurus dan permintaan itu diterima. Selepas itu, barulah dia memberitahu saya.
"Tahun lepas dia [Wenger] memberitahu saya bahawa dia memahami yang saya kecewa. Saya fikir keadaan musim ini akan menjadi lebih teruk lagi.
"Sejak saya menjadi pemain bola sepak profesional, saya berasa paling bahagia berada di Deportivo, dengan dikelilingi oleh keluarga dan kawan saya.
"Cuba letakkan diri awak dalam tempat saya. Saya tahu saya mempunyai peluang untuk pergi ke pasukan kebangsaan. Untuk bermain di Piala Dunia. Suatu impian. Dan untuk itu saya perlu bermain dan saya perlu gembira.
"Itulah sebabnya saya mahu kembali ke Coruña."
Tiada ulasan
Catat Ulasan