Jurgen Klopp telah menerangkan bagaimana perancangannya untuk mengatasi dilema pemilihan yang dihadapi apabila memasukkan Mohamed Salah dan Sadio Mane dalam pasukan yang sama.
Formasi Liverpool 4-3-3 akan banyak memberi ruang kepada pemain sayap di kedua-dua kawasan tepi padang, walaupun masih belum ditentukan siapa yang bermain di bahagian kiri atau kanan dan sama ada mereka dapat bermain bersama atau sebaliknya.
Itulah yang cuba pengurus The Reds usahakan dalam baki perlawanan pra-musim sebelum bermula musim baru ini, dengan kebolehan pelbagai posisi untuk Roberto Firmino, Daniel Sturridge dan Divock Origi juga menjadi faktor utama.
Philippe Coutinho berkemungkinan akan dipindahkan ke posisi yang lebih ke dalam iaitu bahagian tengah juga salah satu langkah untuk memberikan ruang untuk kedua-dua Salah dan Mane berada di posisi tiga bahagian serangan. Sekiranya ini berlaku, Di manakah Adam Lallana patut diletakkan?
Ketibaan Salah telah mengundang Klopp kepada beberapa masalah dalam pemilihan skuad yang diperlu diselesaikan, iaitu permasalahan utama yang dihadapinya buat masa ini.
"Sadio boleh bermain di sebelah kanan dan Mo boleh bermain sebagai No 10. Tidak ada masalah. Mo juga boleh bermain sebagai No 9. Dia penyerang, juga boleh jadi penyerang kedua, semasa bermain untuk Roma. Kami mempunyai banyak pilihan yang berbeza, "kata pengurus yang berasal dari Jerman itu kepada Liverpool Echo.
"Masa yang paling berjaya di Bayern Munich adalah dengan menggunakan pemain kaki kiri di sayap kanan dan kaki kanan di sayap kiri. (Franck) Ribery dan (Arjen) Robben. Itu bukan suatu idea yang teruk! "
"Sadio pernah bermain di sebelah kiri sebelum ini. Kebiasaanya, sebenarnya lebih mudah untuk pemain bermain di 'sebelah lain'. Kedua-dua pemain ini mempunyai keupayaan dan kelajuan untuk bermain di sayap sama ada kiri mahupun kanan. "
"Tentu sekali kami sudah memikirkannya tetapi pada masa ini ia adalah mengenai banyak pilihan yang berbeza. Kami akan mempertimbangkan semuanya dan kemudian kami akan membuat keputusan untuk perlawanan-perlawanan tertentu. "
"Saya suka situasi ini tetapi masalahnya adalah saya tidak boleh mengabaikan banyak perkara yang boleh berlaku. Ia tidak semestinya kekal seperti ini. Kami perlu memastikan mereka dalam keadaan sihat, berkeyakinan dan dalam prestasi yang baik. "
Kemungkinan untuk melihat Salah kekal bermain di sayap kanan sama seperti musim sebelum ini di Roma dan Mane akan bermain dari sebelah kiri, menjadikan Firmino sekali lagi sebagai penyerang utama Klopp.
Dengan memainkan kedua-dua lelaki dalam pasukan yang sama, Liverpool bukan sahaja mempunyai kelajuan yang boleh dimanfaatkan tetapi juga dua ancaman utama untuk menghasilkan gol.
Walaupun tanda-tanda awal menunjukkan kesefahaman bermain yang baik antara Salah dan Coutinho, Tetapi yang semua peminat The Reds nantikan adalah gandingan antara Salah dan Mane di bahagian sayap Liverpool.
Tiada ulasan
Catat Ulasan