Divock Origi- "Menjadi Lebih Baik"





Pemain LiverpoolDivock Origi telah menyatakan bahawa dirinya mensasarkan untuk bermain lebih baik dari musim sebelumnya dan dapat tampil sebagai kesebelasan utama pada persaingan musim 2017-2018.
Musim sebelumnya, penyerang kebangsaan Belgium tersebut hanya membuat 21 penampilan dan sudah mencetak 10 gol. Dimana turut membuatnya rasa tertekan adalah disebabkan kekurangan waktu bermain dalam kesebelasan utama The Reds.
Kekurangan penampilan ini adalah disebabkan persaingan yang sengit dalam merebut tempat dengan pemain-pemain lain seperti Roberto FirminoPhilippe Coutinho dan juga Sadio Mane yang selalu menjadi kesebelasan utama.
Rasa tertekan pemain tersebut mungkin meningkat pada musim ini. Hal ini disebabkan, pengurus Jurgen Klopp telah membawa dua muka baru iaitu Mohamed Salah dan juga Dominic Solanke.
Meskipun begitu, Origi tetap memasang hasrat yang tinggi untuk muncul sebagai pemain utama kelas tersebut dan bermain dengan lebih baik.
“Saya telah menunjukkan peningkatan dan saya terus meningkat. Saya berasa gembira dan saya akan bawa semangat ini bagi menghadapi musim seterusnya,” Kata Divock Origi di laman rasmi kelab tersebut.
“Saya akan mengambil bahagian dalam setiap perlawanan, sesi latihan. Berusaha untuk menyesuaikan diri dan juga menikmati proses ini. Ketika saya merasai permainan, maka saya akan selalu gembira.
“Saya kini menetapkan sasaran peribadi yang tinggi. Seperti biasa, sangat bersemangat dan yakin pada diri sendiri akan mendorong saya untuk menjadi lebih baik lagi.”
Sementara itu, walaupun pemain berusia 22 tahun itu mengikuti sesi latihan bersama pasukan pada hari Sabtu kelmarin di Melwood telah mendapatkan aktiviti tambahan dan hal ini membuatnya tidak mempunyai perbincangan bersama Klopp. Tetapi bekas pemain Lille itu tahu akan keinginan daripada jurulatihnya itu.
“Dia selalu mengharapkan kami untuk sentiasa bersemangat dan kami sentiasa dapat memberikan yang terbaik. Saya masa ini tidak dapat lagi bercerita dengannya tetapi, bagi saya, saya sudah tahu apa yang harus dilakukan,”
“Saya akan berjuang dengan semangat yang tinggi dan menikmati pertandingan serta mencuba untuk mendapatkan waktu bermain sebanyak mungkin.”