Harry Kane menegaskan dia mahu kekal dalam kelab Tottenham walaupun selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.
Sebelum itu, pada perpindahan musim panas ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Jose Mourinho mahu menandatangani pemain antarabangsa England itu sebelum akhirnya Romelu Lukaku dalam nilai perpindahan sebanyak £ 75 juta dari Everton.
Tottenham sedang berusaha untuk mempertahankan Eric Dier apabila dikhabarkan United menginginkan pemain tersebut dan difahamkan akan tetap dengan pendirian yang sama untuk Harry Kane.
Tetapi penyerang tersebut, yang telah memenangi 'Kasut Emas' dalam Liga Perdana Inggeris untuk dua musim berturut-turut, menegaskan bahawa dia tidak bercadang untuk meninggalkan Spurs.
'Bola sepak bagi saya bukan tentang wang dan saya tidak berifikir untuk kebanyakan pemain,' kata Kane kepada ESPN.
'Ia adalah apa yang berlaku. Orang berpindah ke kelab yang berlainan dengan alasan yang berbeza.
'Saya berasa puas di Tottenham kerana saya suka kelab ini dan saya melihatnya berada dalam arah yang betul dan saya berasa kami adalah salah satu pasukan terbaik di England dan di Eropah juga, jadi saya tetap teruja untuk masa akan datang.
'Saya adalah pemain Spurs dan ia adalah tempat di mana saya mahu terus bermain pada masa hadapan.
Tiada ulasan
Catat Ulasan