Wilfried Zaha Tidak Menolak Kemungkinan Untuk Kembali Semula Ke Old Trafford!




Pemain sayap Crystal Palace, Wilfried Zaha telah menunjukkan petanda bahawa dia boleh membuka pintu buat dirinya untuk kembali ke Manchester United. 
Zaha adalah pemain terakhir yang ditandatangani oleh Sir Alex Ferguson di United ketika dia menyertai mereka dari Palace dengan bayaran £ 10 juta pada musim panas 2013. 
Tetapi pemain berusia 26 tahun itu tidak dapat menarik perhatian David Moyes dan hanya membuat empat penampilan dalam pasukan utama pada masa itu di Old Trafford sebelum dipinjamkan ke Cardiff City. 
Zaha kembali ke United tetapi Louis van Gaal, yang telah menggantikan Moyes sebagai pengurus, membenarkan Zaha kembali ke Palace secara pinjaman sebelum melengkapkan perpindahan secara tetap. 
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu kini sudah bersedia untuk meninggalkan Palace sekali lagi dan telah mengakui bahawa dia berminat bermain untuk kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara.
Arsenal telah dikaitkan dengan perpindahan untuk Zaha tetapi tidak dapat memenuhi permintaan £ 80 juta yang dimahukan oleh Palace setelah gagal mendapatkan tempat di Liga Juara-Juara musim depan. 
Laporan juga mendakwa bahawa United sedang mempertimbangkan untuk membuat tawaran perpindahan, dengan Zaha terbuka untuk kembali ke Old Trafford walaupun kelab itu hanya beraksi di Liga Europa.
Dan dalam satu wawancara bersama Evening Standard, Zaha tidak menolak kemungkinan apabila membincangkan potensi untuk berpindah ke United dan mendedahkan bahawa dia ada menerima mesej dari penyokong yang bertanyakan apakah dia akan kembali ke Old Trafford. 
"Saya mendapat DM [mesej langsung di Twitter]: 'Adakah anda kembali ke Man United?' " Kata Zaha. 
"Oh,biar betul? Saya berada dalam keadaan yang buruk sebelum ini. Tetapi saya sudah cukup baik sekarang."