Real Madrid Akhirnya Bersetuju Membayar € 100 juta Kepada Chelsea Untuk Eden Hazard!




Real Madrid telah bersetuju dengan bayaran € 100 juta (£ 88.5 juta) dengan Chelsea untuk Eden Hazard, menurut laporan. 
Pemain antarabangsa Belgium itu merupakan sasaran utama Zinedine Zidane dalam jendela perpindahan musim panas ini sebagai sebahagian daripada pembentukan semula skuadnya di Madrid. 
Hazard hanya berbaki setahun dalam kontrak semasanya bersama Chelsea dan memberitahu kelab itu bahawa dia tidak akan menandatangani perjanjian yang baru.
Chelsea menghadapi prospek kehilangan Hazard secara percuma pada jendela perpindahan musim panas akan datang dan telah menerima kenyataan untuk membiarkan pemain mereka itu pergi pada penghujung musim ini.
Madrid telah berhubung dengan Chelsea untuk membincangkan mengenai perjanjian itu dan menurut The Guardian, satu perjanjian telah dicapai di mana kelab Sepanyol itu akan membayar sebanyak € 100 juta (£ 88.5 juta) untuk Eden Hazard. 
Laporan di Sepanyol juga mendakwa bahawa perjanjian itu akan secara rasmi diumumkan oleh Madrid dalam beberapa hari akan datang. 
Madrid telah membuat permulaan yang kuat pada jendela perpindahan musim panas ini dengan mereka sudahpun menandatangani Luka Jovic dari Eintracht Frankfurt dengan harga £ 58 juta, dan Eder Militao dari Porto dengan harga £ 44 juta.