Pemain Sasaran Arsenal, Samuel Umtiti Menegaskan Dia Akan Kekal Di Barcelona Musim Depan!




Samuel Umtiti menegaskan bahawa dia akan kekal di Barcelona musim panas ini, walaupun terdapat minat dari Arsenal. 
Unai Emery dilaporkan telah mengenalpasti pertahanan tengah itu sebagai sasaran utamanya di posisi pertahanan dan Barcelona bersedia untuk melepaskannya. 
Tetapi Umtiti menolak spekulasi perpindahan yang semakin meningkat di sekelilingnya dan mengesahkan bahawa dia bercadang untuk kekal di Nou Camp. 
Dia memberitahu RTL France: "Saya masih mempunyai kontrak, saya berasa gembira di Barcelona. Saya mempunyai musim yang sukar, tetapi saya masih akan berada di Barcelona musim depan."
Kenyataan itu dianggap sebagai tamparan hebat kepada Emery, yang terdesak untuk memperkuat skuadnya musim panas ini. 
Arsenal mengalami pengakhiran yang agak memalukan untuk penamat musim mereka dengan kekalahan 4-1 kepada Chelsea dalam perlawanan akhir Liga Europa, sekaligus terlepas slot ke Liga Juara-Juara musim depan. 
Emery akan diberikan hanya £ 45 juta untuk dibelanjakan musim panas ini dan mungkin terpaksa menjual beberapa bintang utamanya untuk mendapatkan dana tambahan.
Walaupun Barcelona mungkin terbuka untuk membenarkan Umtiti pergi musim panas ini, pemain berusia 25 tahun itu masih di bawah kontrak bersama kelab itu sehingga 2023.
Apapun yang berlaku dengan Umtiti, Arsenal semakin hampir untuk menandatangani dua pemain tengah sekaligus, pemain tengah Dennis Praet dan pertahanan tengah Joachim Andersen. 
Arsenal telah membuat tawaran sebanyak £ 44 juta untuk pemain Sampdoria itu dan tawaran mereka dijangka diterima.