Ole Gunnar Solskjaer Menjelaskan Mengapa United Mahu Memberikan Juan Mata Kontrak Baru Selama Dua Tahun!




Juan Mata telah menandatangani kontrak baru yang akan mengekalkan dia di Manchester United sehingga tahun 2021. 
Kontrak semasa pemain tengah Sepanyol itu akan tamat pada awal bulan ini dan dia kelihatan cenderung untuk meninggalkan kelab itu secara percuma setelah menolak peluang untuk menandatangani kontrak lanjutan selama 12 bulan. 
Mata telah menerima tawaran kontrak selama dua tahun dan akhirnya berjaya memenuhi keinginannya dengan Ole Gunnar Solskjaer berharap pemain berusia 31 tahun itu akan dapat memainkan peranan penting dalam membimbing pemain-pemain muda yang telah membuat penampilan pertama mereka di Old Trafford.
Mason Greenwood, Angel Gomes dan Tahith Chong kesemuanya telahpun membuat penampilan sulung mereka bersama United pada musim lalu, manakala Daniel James, 21 tahun, kekal sebagai satu-satunya pembelian yang dibuat oleh Solskjaer setakat jendela perpindahan musim panas ini.
"Juan adalah pemain profesional dan salah seorang pemain yang paling pintar yang saya pernah saya bekerjasama," kata pengurus United itu. 
"Dia merupakan contoh terbaik bagi pemain muda kami dalam pendekatannya. Dia memahami apa yang dimaksudkan sebagai pemain Manchester United dan telah memahami semuanya mengenai kelab hebat ini. 
"Selain semua yang dia bawa di atas padang, kami mempunyai beberapa pemain muda yang hebat di sini dan saya tahu pengalaman Juan yang luas itu akan membantu mereka mencapai potensi mereka sepanjang musim yang akan datang. 
"Saya gembira kerana dia telah menandatangani kontrak yang baru, kerana saya tahu bahawa bakat dan mentalnya akan sangat berharga kepada skuad ini."
Mata, untuk dirinya sendiri menambah: "Ini adalah satu penghormatan sebenar untuk terus mewakili kelab yang hebat ini dengan peminat yang luar biasa. Saya telah berada di Manchester United selama lima tahun dan saya bangga mengatakan Old Trafford adalah rumah saya. 
"Saya tidak sabar-sabar untuk bekerja di bawah Ole [Gunnar Solskjaer] dan kakitangan kejurulatihannya yang hebat; visi yang mereka miliki untuk kelab itu benar-benar menarik dan saya sangat gembira kerana saya akan menjadi sebahagian daripada itu."