Manchester United Berhasrat Membawa James Maddison Ke Old Trafford Bagi Menggantikan Paul Pogba!




Manchester United telah menghubungi bintang Leicester City, James Maddison mengenai perpindahan pada musim panas ini bernilai £ 60 juta. 
The Red Devils membuatkan Maddison, 22 tahun, sebagai satu daripada sasaran utama mereka selepas satu musim di mana pasukan itu menduduki tempat keenam dalam carta Liga Perdana Inggeris, 32 mata di belakang juara dan pesaing mereka, Manchester City. 
Bintang England U21, Maddison menikmati musim yang hebat di King Power Stadium, menjaringkan tujuh gol dan melakukan tujuh assist untuk membantu The Foxes menamatkan musim ini di kedudukan kesembilan. 
Dia juga telah dikaitkan dengan beberapa kelab lain namun Manchester United dilihat berada di barisan hadapan selepas dikatakan telah menghubungi ejen pemain tersebut.
Daily Record mengatakan bahawa United sedang berbincang dengan Maddison di mana mereka sedang dalam usaha untuk membina semula pasukan menjelang musim baru tanpa bermain di Liga Juara-Juara. 
Ia mendakwa Maddison, yang bernilai £ 60 juta, mempertimbangkan untuk menyertai Manchester United kerana tidak adanya Liga Juara-juara dan memikirkan tentang jumlah masa bermain yang akan ditawarkan kepadanya. 
Manchester United telah berhubung dengan ejen Maddison sementara Real Madrid memperbaharui usaha mereka untuk menandatangani pemenang Piala Dunia Perancis Paul Pogba. 
Pogba dikatakan berminat untuk berpindah ke Bernabeu untuk bekerja di bawah legenda Zinedine Zidane tetapi Ketua Pegawai Eksekutif United, Ed Woodward berhasrat untuk mengekalkan pemain tengah itu.