'Liverpool Perlukan Pemain Tengah Baru Seperti Fernandinho, Dan Alternatif Terbaik Untuk Cabar Roberto Firmino" - Stan Collymore




Liverpool perlu mencari pemain tengah yang baru 'seperti Fernandinho di Manchester City' dan 'seorang penyerang yang mampu mencabar Roberto Firmino', kata Stan Collymore.
The Reds dijangka tidak begitu aktif di pasaran perpindahan pada musim panas kali ini. 
Kempen cemerlang bagi musim 2018/2019 menunjukkan mereka mencabar kejuaraan Liga Perdana dan berjaya menjulang torfi Liga Juara-juara, tetapi Jurgen Klopp menyedari masih terdapat ruang yang perlu diperbaiki.
Beberapa posisi telah diperkatakan untuk kemungkinan di perkuatkan lagi musim depan.
Collymore percaya penambahan di bahagian tengah dan di bahagian serangan adalah dialu-alukan, di mana Liverpool akan dapat melihat persaingan yang lebih sengit untuk mendapatkan tempat bagi memburu lebih banyak kejuaraan.
Bekas bintang The Reds itu memberitahu The Mirror :"Di atas padang, Klopp perlukan pemain tengah, seperti Fernandinho di Manchester City, yang akan berfungsi 9.8/10 sepanjang musim dan seorang penyerang yang akan mencabar Roberto Firmino untuk kesebelasan utama, begitu juga beberapa posisi lagi untuk memperkuatkan skuad mereka.
"Dan dia sudahpun berfikir mengenai penambahbaikan itu. 
"Kerana sementara City masih lagi pasukan pilihan dari banyak orang untuk kejuaraan musim depan, Klopp telah membawa pasukannya sepertiga dari perjalanan mereka di mana City berada, untuk berada tiga suku untuk mencapai tahap itu.
"Saya tidak pasti sama ada jurang itu telah sepenuhnya dirapatkan, melihat kepada sumber yang City ada, tetapi tiada masa yang lebih baik untuk Liverpool mendekatkan diri mereka selepas kejayaan di Liga Juara-juara."
Klopp mengakhiri  musim mereka dengan ketinggalan hanya satu mata di belakang City dalam carta Liga.
Penantian mereka untuk memenangi kejuaraan liga kini hampir 30 tahun, tetapi mereka telah menunjukkan kini bahawa mereka adalah pencabar sebenar.
Musim 2019/2020 juga akan menyaksikan mereka untuk mempertahankan kejuaraan Eropah mereka yang keenam, selepas menewaskan Tottenham 2-0 dalam satu perlawanan menarik di Madrid pada malam Sabtu.
Perbelanjaan yang besar telah membawa Liverpool ke tahap ini, tetapi lebih pelaburan masih diperlukan.
Pihak atasan Liverpool akui akan sanggup untuk mengeluarkan dana, dengan Klopp berada di pasaran untuk mendapatkan seorang penjaga gol bagi menggantikan Simon Mignolet, dan pemain tngah kreatif, walaupun terdapat khabar angin mengenai potensi membawa Coutinho kembali ke Anfield dari Barcelona.