Jamie Carragher Mendedahkan Sir Alex Ferguson Akui Bimbang Jurgen Klopp Akan Mengembalikan Kegemilangan Buat Liverpool!




Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson 'bimbang' bahawa Jurgen Klopp akan menjadi pengurus yang akan membawa kembali kegemilangan kepada Liverpool, menurut Jamie Carragher. 
Liverpool dinobatkan sebagai juara Eropah untuk kali keenam dalam sejarah mereka pada petang Sabtu apabila mereka memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Tottenham dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara. 
Pasukan Klopp juga hampir menewaskan Manchester City untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris, hanya menamatkan musim ini dengan ketinggalan satu mata di belakang pesaing mereka itu.
Dan Carragher, yang menyaksikan kemenangan Liga Juara-Juara Liverpool di Wanda Metropolitano, mendakwa bahawa Ferguson pernah mengakui kepadanya bahwa Klopp adalah pengurus yang akan membawa kembali kejayaan ke Anfield. 
"Saya boleh mengingat semula detik apabila saya benar-benar teruja dengan apa yang akan dibawa Jurgen Klopp ke Liverpool," tulis Carragher dalam lajurnya untuk Sunday Telegraph.
"Pengesahan sebenar yang muncul ketika lawatan ke Old Trafford beberapa tahun yang lalu. 
"Saya dijemput untuk bermain dalam perlawanan testimoni Michael Carrick [pada bulan Jun 2017] dan berpeluang bercakap dengan Sir Alex Ferguson.
"Saya telah membaca kenyataan dari Fergie mengenai pengurus Liverpool jadi saya ingin mendengar lebih banyak lagi. 
" 'Dia ada sesuatu tentang dirinya. Dia sangat yakin,' Sir Alex memberitahu saya. Terdapat rasa kekaguman yang tinggi untuk Klopp, disertai dengan sedikit rasa bimbang yang telah memberitahu saya segala-galanya.
" 'Jika Fergie berasa bimbang, lelaki ini mestilah seorang yang benar-benar luar biasa,' saya fikir."