Ini Reaksi Tanguy Ndombele Mengenai Khabar Angin Perpindahan Ke Manchester United!




Pemain tengah Lyon Tanguy Ndombele menegaskan bahawa dia masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. 
Pemain berusia 22 tahun itu mempunyai musim yang mengagumkan bersama Lyon ketika dia membantu kelab itu untuk menduduki tempat ketiga di carta saingan Ligue 1. 
Tottenham dilaporkan telahpun membuat tawaran yang ditolak oleh Lyon, sementara United, Manchester City dan Paris Saint-Germain kesemuanya berminat untuk mendapatkan tandatangannya. 
Tetapi pemain antarabangsa Perancis itu, yang dilaporkan bernilai sekitar € 80 juta (£ 71 juta), berkata masa depannya masih belum dapat diputuskan.
"Seperti yang saya katakan kepada ejen dan kelab saya, saya masih belum tetapkan, saya tidak membuat sebarang keputusan," kata Ndombele kepada Le Progres.
Dan apabila ditanya sama ada dia berminat untuk kekal di Lyon, dia menjawab: "Sudah tentu, saya akan melihat diri saya terus bersama Lyon. 
"Kelab ini akan berada di Liga Juara-Juara, tapi saya tidak bertanya soalan mengenai sama ada akan kekal atau tidak, dan saya tidak bercakap dengan kakitangan yang baru."