Yannick Carrasco Kembali Membuka Pintu Perpindahan Ke Arsenal Musim Panas Ini!




Pemain sayap Belgium, Yannick Carrasco membuka pintu untuk perpindahan ke Arsenal selepas mengakui bahawa dia ingin kembali ke Eropah. 
Bekas bintang Atletico Madrid itu berpindah dari ibukota Sepanyol ke China apabila dia bergabung dengan Dalian Yifang pada tahun 2018. 
Pemain berusia 25 tahun itu menghabiskan hampir 18 bulan bersama Atletico tetapi telah melihat pemain-pemain seperti Nico Gaitain meninggalkan kelab itu dan kini ingin kembali ke Eropah menjelang Euro 2020. 
Arsenal berminat untuk menandatangani Carrasco pada bulan Januari yang lalu tetapi sebaliknya beralih untuk mendapatkan Denis Suarez secara pinjaman.
Pemain Sepanyol itu gagal untuk memberikan impak dalam tempoh pinjamannya dari Barcelona dan Carrasco memberi bayangan bahawa dia akan berminat untuk berpindah ke Emirates. 
"Terdapat minat dari Arsenal dan saya mempunyai banyak pilihan pasukan pada bulan Januari yang memberikan peluang kepada saya untuk kembali ke Eropah, tapi di sini presiden mengatakan bahawa ianya sukar untuk pergi," kata Carrasco. 
"Mungkin terdapat kemungkinan pada musim panas ini. Jika ia adalah perkara yang baik dan saya mahu pergi, mungkin saya boleh bercakap dengan presiden. 
"Saya cuba melakukan yang terbaik kerana saya profesional untuk pasukan saya dan selepas itu kita boleh memikirkan penyelesaiannya. Jika saya mempunyai banyak pasukan yang mahukan saya tetapi presiden memutuskan bahawa saya perlu kekal, saya tidak boleh berbuat apa-apa. 
"Apa yang anda mahukan adalah berada dekat dengan keluarga anda, dan untuk kembali ke Eropah adalah penyelesaian yang terbaik. 
"Saya OK di sini, kelab ini baik dengan saya, pemain dan peminat juga bagus dengan saya. 
"Tetapi anda tahu, apabila anda berada jauh dari keluarga anda, dan saya fikir saya boleh melakukan perkara yang baik dalam permainan di Eropah, saya fikir ia satu penyelesaian jika saya boleh kembali ke sana."
Dana bagi Unai Emery akan meningkat sekitar £ 25 juta sekiranya Arsenal berjaya memenangi perlawanan akhir Liga Europa mereka menentang Chelsea. 
Walau bagaimanapun, dia akan diberikan sekurang-kurangnya £ 45 juta sekiranya gagal untuk mendapatkan kemenangan di Baku dan mungkin terpaksa menjual beberapa pemain untuk menaikkan dananya.