Tony Kroos Akui Tidak Bimbang Dengan Kedatangan Paul Pogba Ke Real Madrid!




Toni Kroos menyedari akan cabaran untuk 'bersaing' bersama Paul Pogba untuk mendapatkan tempat di bahagian tengah Real Madrid sekiranya bintang Manchester United itu menyertainya di Bernabeu. 
Zinedine Zidane berhasrat untuk membaik pulih skuadnya selepas melalui musim yang buruk dan Pogba difahamkan adalah sasaran utama dalam senarai mereka menjelang kempen 2019/20. 
Pogba kembali menikmati kehidupan di United sekali lagi selepas Ole Gunnar Solskjaer menggantikan Jose Mourinho sebagai pengurus pada bulan Disember yang lalu, tetapi pemain Perancis itu dilaporkan telah memberitahu kelab mengenai keinginannya untuk berpindah keluar pada musim panas ini. 
Zidane tidak merahsiakan mengenai minatnya untuk menandatangani Pogba dan pemain tengah United itu juga menghangatkan lagi khabar angin mengenai perpindahan tersebut dengan mengakui bahawa ia adalah menjadi impian untuk bermain di Madrid.
Walaupun khabar angin masih berterusan, Bintang Madrid Tony Kroos - yang menandatangani perjanjian baru selama empat tahun pada hari Isnin - tidak berasa risau mengenai tempatnya.
"Kita boleh bercakap tentang banyak nama. Saya suka pemain ini tetapi tiada perubahan untuk saya," kata pemain tengah Jerman itu. 
"Saya akan terus melakukan apa yang saya lakukan sepanjang tahun ini, berjuang untuk tempat saya, bermain dengan baik, dan ketika saya berada di tahap yang baik, saya rasa saya tidak mempunyai sebarang masalah."
Kylian Mbappe adalah pemain lain yang banyak dikaitkan dengan perpindahan ke Madrid tetapi Kroos enggan mengulas mengenai spekulasi yang melibatkan penyerang muda PSG itu. 
"Saya suka dia sebagai pemain tetapi ini bukan soalan untuk saya. Saya tidak boleh membelinya," katanya. 
"Saya mempunyai kontrak yang baik tetapi saya tidak boleh membelinya. Ini soalan untuk kelab."
Kroos, yang telah menandatangani kontrak jangka panjang yang baru bersama Madrid sehingga tahun 2023, berharap untuk kejayaan yang lebih baik pada musim depan selepas kempen yang mengecewakan untuk kelab itu. 
"Hari ini sangat gembira dan istimewa untuk saya," kata Kroos. 
"Saya mempunyai banyak kejayaan dengan Madrid, dan saya yakin kami akan mempunyai lebih banyak lagi pada tahun-tahun akan datang."
"Saya tidak berfikir untuk pergi kerana saya hanya berfikir tentang menuba untuk mengubah keadaan kita. 
"Saya mahu pergi apabila kita berada di puncak, apabila kita menang."