Ketua RB Leipzig Mengesahkan Timo Werner 'Perlu Bertukar Kelab' Musim Panas Ini!




Timo Werner semakin pasti akan meninggalkan Bundesliga musim panas ini - tetapi meskipun begitu Liverpool masih belum membuat sebarang perbincangan dengan Red Bull Leipzig.
Ketua pengarah RB Leipzig, Ralf Rangnick telah mengesahkan mengenai pemergian penyerang itu musim panas ini melalui satu sesi temuramah bersama Stesen Televisyen Jerman, Sport1.
"Situasi kami adalah jika dia tidak memperbaharui kontraknya, dia perlu bertukar kelab," katanya.
"Dia pertama sekali perlu mencapai persetujuan dengan mana-mana kelab dan kemudian kelab itu perlu menghubungi pihak RB, yang mana perkara ini masih belum berlaku menurut pengetahuan saya."
Hanya lima hari yang lalu, CEO Red Bull Leipzig, Oliver Mintzlaff mencadangkan Liverpool berada dalam perlumbaan untuk menandatangani Werner dengan penyerang itu mahu bermain di bawah Jurgen Klopp.
Mintzlaff memberitahu Sky Sports: "Tahun lalu kita jelas tidak memainkan bola sepak sepertimana yang kita lakukan musim sebelumnya. Kami telah menerima tawaran dan kami tahu Werner mungkin tidak mahu memperbaharui kontraknya - tetapi itu masih boleh berubah.
"Mungkin dia tidak mahu ke Bayern Munich. Mungkin dia mahu menyertai Thomas Tuchel di Paris atau, saya tidak ada idea, mungkin bersama Jurgen Klopp atau Lucien Favre di Borussia Dortmund."
Bayern Munich dipercayai melihat Timo Werner sebagai pengganti jangka panjang untuk Robert Lewandowski.
Pemain berusi 23 tahun itu menjaringkan 16 gol dalam 31 penampilan untuk RB Leipzig di Bundesliga dan melakukan 10 bantuan gol untuk satu lagi musim yang cemerlang dari bintang muda Jerman itu.
Dengan Daniel Sturridge akan meninggalkan The Reds musim panas ini, terdapat laporan mengatakan bahawa Liverpool akan masuk ke pasaran perpindahan untuk mendapatkan penyerang dalam masa terdekat.