Nasihat Rivaldo Untuk Ivan Rakitic Mengenai Manchester United, Akui Liverpool Dan Man City Adalah Kelab Pilihannya Jika Masih Bermain!




Bekas bintang Barcelona, ​​Rivaldo menasihatkan Ivan Rakitic untuk menolak perpindahan ke Manchester United musim panas ini. 
Awal minggu ini, laporan mendakwa bahawa United sedang berusaha untuk menandatangani pemain antarabangsa Croatia itu pada musim panas ini, sementara Barcelona telah menetapkan harga sebanyak 55 juta euro (£ 48 juta) untuk pemain berusia 31 tahun itu. 
United, bagaimanapun, hanya mahu membayar sebanyak £ 30 juta untuk Rakitic. 
Namun, Rivaldo, yang telah memenangi dua kejuaraan Liga Juara-juara ketika masih bermain Barca, telah menggesa pemain tengah itu untuk menolak tawaran United dan meneruskan kerjayanya di Camp Nou. 
"Ada khabar angin mengenai Ivan Rakitic yang mungkin pergi ke Manchester United tetapi, walaupun United adalah sebuah kelab yang besar dengan tradisi yang hebat, saya rasa bintang Croatia itu masih mempunyai ruang yang cukup untuk tetap bermain untuk Barcelona, ​​keraa dia adalah pemain yang hebat, " kata Rivaldo kepada Betfair .
"United kini melalui masa buruk mereka, tetapi tradisi mereka sangat besar dan setiap pemain hebat ingin bermain untuk mereka di Old Trafford. 
"Sekarang, sudah tiba masanya untuk mereka kembali fokus dan mula bersiap sedia untuk musim baru. 
"Saya percaya mereka akan sentiasa menjadi salah satu pasukan terbaik di dunia. 
"Mereka akan terus baik dari segi kewangan, jadi mereka harus mempunyai cara untuk mendapakan pemain besar tidak lama lagi."
Rivaldo juga mengakui United tidak akan menjadi pilihan pertamanya jika dia mempunyai pilihan untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris pada musim panas ini. 
"Liverpool dan Manchester City adalah pasukan paling kuat di England sekarang dan kedua-duanya bermain bola sepak yang sangat baik," kata pemenang Piala Dunia itu. 
"Jadi jika saya masih bermain hari ini dan berpeluang untuk pergi ke Liga Perdana Inggeris, salah satu daripada mereka mungkin akan menjadi pilihan saya.
"Tetapi terdapat banyak pasukan yang lebih kuat di Liga Perdana berbanding di liga yang lain. Ia adalah liga terkuat di dunia buat masa ini. 
"Apabila saya bermain untuk Barcelona, saya mempunyai beberapa ejen yang cuba memindahkan saya ke Manchester United, tetapi saya sangat gembira dengan bandar ini dan kelab di Barcelona sehinggakan saya tidak terlalu memperhatikan tentang kemungkinan itu. 
"Ia bukan kerana tidak menghormati United, saya tidak mahu berpindah pada masa itu. Saya tidak pasti jika ada sebarang cadangan. Hanya ada perbincangan dengan ejen dan khabar angin, tidak lebih dari itu."