Mark Lawrenson Percaya Joel Matip Perlu Bermain Di Final Liga Juara-juara Menentang Spurs!




Joel Matip telah memberi impak positif terhadap kedua-duanya bahagian pertahanan Liverpool dan juga bahagian tengah sejak bermain secara tetap dalam pasukan itu pada tahun 2019.
Itu adalah menurut penilaian bekas pertahanan The Reds Mark Lawrenson, yang memberi pujian penuh tentang konsistensi dan keberanian Matip dalam penguasaan bola untuk pasukan Jurgen Klopp.
Pemain bernombor 32 itu telah memulakan 19 daripada 22 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan, dengan satu lagi penampilan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Tottenham Hotspur pada 1 Jun nanti.
Matip berada dalam situasi terbaik untuk bergandingan bersama Virgil van Dijk untuk posisi pertahanan tengah di Estadio Metropolitano, menurut Lawrenson, walaupun dengan Joe Gomez dan Dejan Lovren sudah kembali dalam senarai.
"Ia akan menjadi sukar bagi Matip [untuk tidak memulakan perlawanan akhir nanti]. Dia benar-benar bagus, dan itu bukan setakat hanya bertahan, "kata Lawrenson kepada Liverpoolfc.com.
"Dia boleh dianggap sebagai bonus kerana dia telah keluar dengan bola dan menewaskan pemain tengah pasukan lawan. Jika anda seorang pemain tengah di dalam pasukan itu, anda mahu untuk melihat perkara seperti itu dan berfikir ianya hebat kerana dia memberi anda sedikit ruang untuk bermain.
"Saya fikir ia akan menjadi gandingan Joel Matip dan Virgil van Dijk [di perlawanan akhir], saya tidak dapat melihat mana-mana kombinasi lain."